,
Covid-19

“Panduan Sambutan Aidilfitri Dalam Tempoh PKP Palsu” - JAKIM

Fiza Kamarudin
29/04/2020
06:40 MYT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak semalam.
JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut dianggap tidak sah. "JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP," demikian katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung garis panduan untuk umat Islam meraikan Aidilfitri sekiranya PKP masih berkuat kuasa. Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam.
Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
BorakSeeni