Covid-19
Penggambaran Filem, Drama, Iklan Dibenarkan Bermula 10 Jun, Tetapi Mestilah Mematuhi SOP
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.
Bagaimamanapun kesemua aktiviti tersebut perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis sodang media harian di Putrajaya, pada Selasa.
“Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya.
“Waktu tu saya kata penggambaran boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun.
“Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta tidak memulakan perhimpunan yang ramai dan sebagainya.
Must-Watch Video