Covid-19
Penumpang Dari Sabah Tunggu Berjam-Jam Di Lapangan Terbang, KKM Tambah Kakitangan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif untuk menambah bilangan kakitangan bagi melancarkan proses saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Hal itu susulan situasi meresahkan penumpang penerbangan dari Sabah yang mengeluh terpaksa menunggu berjam-jam bagi menjalani ujian saringan COVID-19.
"KKM sedang memantau pelaksanaan saringan di lapangan.
Advertisement
"KKM turut dimaklumkan, di KLIA2 penerbangan terus dari Sabah lebih daripada jangkaan pada hari ini.
"Bagaimanapun, KKM telah menambah kakitangan untuk membantu team di klia2 dan kakitangan tambahan seramai 80 orang telah dimobilisasikan pagi tadi apabila berlaku kejadian," katanya kepada Astro Awani.
KKM menerusi Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara tersebut.
Penambahan anggota bagi memastikan proses saringan COVID-19 berjalan dengan lancar.
Terdahulu, pengembara dari Sabah dilaporkan terpaksa menunggu lama bagi menjalani saringan COVID-19.
Mereka yang kebanyakannya pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam kini diwajibkan menjalani saringan tersebut selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan itu pada Sabtu.
Sumber: Awani
Must-Watch Video