Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Perancangan Allah Tiada Siapa Tahu" - Man Raja Lawak 'Terkurung' Di Rumah Kerana PKPD

Badrul Hashim
23/04/2020 23:45 MYT
Abd Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak kini terpaksa 'berkurung' di rumah apabila kawasan kediamannya di Pangsapuri Taman Sri Murni, Fasa 1, Selayang, Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 20 April lalu hingga 3 Mei nanti.

Sebelum ini nama Man Raja Lawak menjadi sebutan kerana kesudiannya mendermakan RM50,000 daripada wang kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kepada mereka yang memerlukan di saat wabak Covid- 19 melanda.

Baca: Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

"Sebelum ini saya sibuk beri bantuan untuk ringankan beban orang lain, tetapi sekarang saya pula yang perlu dibantu.



"Kelakar juga, namun saya reda kerana perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Untuk Ramadan ini, Alhamdulillah bekalan makanan untuk saya sekeluarga mencukupi dan tiada masalah," Kata Man.

Menurut Man lagi, dia dan penduduk kawasan tersebut terkejut dan panik ketika perintah PKPD tersebut mula dijalankan.

"Tak tahu nak buat apa kerana tiada persediaan. Ada juga sebahagian penduduk dah kehabisan bekalan makanan dan situasi ini memang tidak dijangka," tambah Man.



Man berkata, semua penduduk tidak dibenar keluar sama sekali dan segala keperluan barangan harian akan diurus ahli jawatankuasa (AJK) penduduk dilantik.

Sumber: Harian Metro
#Man Raja Lawak #Covid- 19 #PKPD