Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Tamat 12 Mei Atau Sambung?

gempak
Fiza Kamarudin
07/05/2020
22:18 MYT
Sponsor Banner
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Tamat 12 Mei Atau Sambung?
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan penentuan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar ditamatkan pada 12 Mei atau disambung bakal bergantung kepada beberapa faktor.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan kes COVID-19 pada 8 Mei (hari ini) atau esok (9 Mei), sebelum mengemukakan sebarang percaturan seterusnya bagi menangani wabak itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, ia merangkumi kes harian COVID-19 yang dicatatkan dalam negara dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes.
"Jadi, kita akan terus pantau kes setiap hari, tetapi dalam 8 Mei atau 9 Mei ini, kalau kita boleh lihat satu pola, nasihat akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, pada Khamis.
Meneliti perkembangan semasa, Dr Noor Hisham menaruh keyakinan kes COVID-19 dapat dikurangkan dan dikawal sebaik mungkin dalam tempoh seminggu lagi, iaitu menjelang akhir fasa PKPB pada 12 Mei ini.
Katanya, kes COVID-19 masih merekodkan kadar dua angka susulan kewujudan kluster baharu, khususnya membabitkan pekerja warga asing yang berkhidmat di sektor pembinaan dan aktiviti jualan di pasar borong.
"Kita pasti boleh kawal kes meskipun ia masih kekal pada kadar dua angka ketika ini yang disebabkan pertambahan klusteru baru.
"Bagaimanapun kita sudah kenal pasti mereka yang berada dalam kluster ini dan saringan giat dijalankan bagi mengasingkan mereka dan diberikan rawatan susulan," katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024