“Saya Cari Tin Sebab Nak Cari Duit Beli Telur…Anak Teringin Nak Makan” – Inilah Kasih Seorang Ibu
Fiza Kamarudin
22/04/2020 05:50 MYT
22/04/2020 05:50 MYT
Perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini mengenai seorang ibu membawa anaknya mengutip tin di jalan menjadi perhatian warganet.
Pengguna laman sosial tersebut yang dikenali sebagai Shamsiah Shaaban pada Ahad lalu memberitahu dia dan pasukan Malaysia Relief Agency (MRA) Johor, terserempak dengan seorang wanita sedang mencari tin dan botol kosong untuk dijual.
Dia sempat bertanya kepada wanita tersebut mengapa mengambil risiko untuk keluar dari rumah dengan membawa anaknya bersama.
“Dalam perjalanan pulang semalam, kami terserempak dengan mereka…Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong utk dijual.
“Dalam musim COVID-19 ini si emak ambil risiko bawak anak keluar mencari tin kosong untuk dijual, sebab tak ada yang boleh jaga anaknya di rumah…Suami pula dah meningal dunia katanya.
“Kami berhenti kami tanya…Jawapan diberi; saya nak jual tin-tin ini nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja, anak pula haus nak air. Dah beli air tak dapat beli telur.
“Beras memang ada, orang bagi tapi tak ada lauk. Anak saya nak makan nasi dengan lauk telur,” tulis Shamsiah pada ruangan kapsyen di postingnya.
Shamsiah dan MRA Johor akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar wanita tersebut balik dan memberikan sedikit sumbangan.
“Banyak cerita suka duka beliau..Semoga Allah permudahkan urusan mereka…Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain membuatkan kami sebak,” tulisnya.
Bagaimanapun selepas beberapa hari, Shamsiah mengemaskini posting di FBnya semalam (Selasa) tentang perkembangan terkini wanita tersebut bersama anak-anaknya.
Bagaimanapun selepas beberapa hari, Shamsiah mengemaskini posting di FBnya semalam (Selasa) tentang perkembangan terkini wanita tersebut bersama anak-anaknya.
Menurut Shamsiah, bantuan telah disalurkan kepada wanita tersebut hasil bantuan orang ramai yang menyalurkan sumbangan kepada MRA Johor.
“#RENTETAN_DARI_KISAH_KAKAK_TIN…
“Alhamdulillah terima kasih pada semua pihak yang menyumbang.. InsyaAllah kami pantau mereka…
Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kita semua,” katanya yang turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.