Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tiada Bazaar Ramadan Di Seluruh Negara Selagi PKP Dijalankan” – Ismail Sabri

Fiza Kamarudin
03/04/2020 08:56 MYT
Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran bazar Ramadan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun sekiranya PKP telah tamat, Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan standard operasi prosedur (SOP) berkaitan bazar Ramadan ini selepas perintah itu berakhir.

"Kita menerima cadangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mesyuarat hari ini memutuskan perkara ini. Maka soal berkaitan bazar ini ditentukan selepas ini sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Selagi PKP ini diteruskan atau jika kerajaan terpaksa teruskan PKP, maka bazar Ramadan tidak dibenarkan," katanya pada sidang media (non-health) hari ini.

Sumber: Sinar Harian

#Bazaar Ramadan #COVID-19 #Perintah Kawalan Pergerakan
;