Covid-19
Unik! Hospital Ini Mainkan Lagu The Beatles Supaya Pesakit COVID-19 Ini Lebih...
Amerika Syarikat kini menjadi negara yang mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi di dunia dengan jumlah sebanyak 586,057 kes dilaporkan.
Jumlah berkenaan dlihat jauh meninggalkan negara lain seperti Itali dan Sepanyol yang masing-masing hanya mencatatan sebanyak 170,099 dan 159,516 kes.
Hal ini pastinya mencetuskan tekanan kepada pesakit dan petugas di Amerika Syarikat.
Namun, bagi sebuah hospital Long Island, New York, mereka mengambil pendekatan berbeza untuk mengurangkan tekanan apabila memasang lagu kumpulan The Beatles.
Difahamkan lagu dari kumpulan tersebut dimainkan setiap hari melalui pembesar suara.
Antara lagu yang kerap dimainkan adalah ‘Here Comes the Sun’ dan ia bertujuan untuk menaikkan semangat pesakit COVID-19 dan petugas hospital.
Lagu berkenaan dilihat amat sesuai kerana membawa maksud yang positif dan menggembirakan.
Apapun, positif COVID-19 bukanlah alasan untuk kita terus bersedih kerana masih ramai pesakit yang telah sembuh.
Untuk makluman di Malaysia saja, sebanyak 2,276 pesakit telah sembuh daripada 4,817 kes yang dicatatkan.
Jumlah ini hampir separuh daripada jumlah keseluruhan.
Apapun sila patuhi arahan pihak berkuasa, duduk rumah dan pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer'.
Kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video