Covid-19
“Walaupun Dijangkiti Tapi Tidak Teruk” - Afgan Positif COVID-19, Syukur Dah Vaksin
Bintang popular Indonesia, Afgan memaklumkan dirinya kini positif COVID-19.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Afgan memaklumkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri.
Afgan juga menyatakan rasa syukur kerana dia telah mengambil vaksin sebelum ini.
Advertisement
“Jadi nampaknya saya dijangkiti covid. Ini adalah hari ke-4 saya dan setakat ini tidak mengalami sebarang gejala.
“Mungkin kerana saya telah divaksinasi, jadi semua orang, dapatkan vaksin anda, kerana walaupun anda dijangkiti virus, ia tidaklah seteruk itu,” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama, Afgan juga berkongsi video pendek merakamkan aktiviti senaman yang dilakukan untuk kekal cergas.
“Jadi ini adalah cara bagaimana saya berusaha untuk kekal cergas semasa pengasingan, hanya memastikan ia mudah dan ringan.
“Bagi anda yang mendapat covid tanpa gejala seperti saya, jika anda ingin melakukan sedikit senaman, lakukan dengan mudah.
“Yang masih sihat, kekal sihat! Dan yang lagi kena covid, semangat ya, cepat sembuh,” tulisnya.
Selain Afgan, artis seberan yang sebelum ini pernah dijangkiti adalah Bunga Citra Lestari dan pesohor yang sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya, Rossa.
Must-Watch Video