,
Covid-19

“Yang Demand Bantuan Tak Masuk Akal...Ambillah, Mintaklah Kami Cuma Mahu…” – Rupanya Ngektsai Ni Frontliners!

Fiza Kamarudin
03/04/2020
14:28 MYT
Selebriti media sosial popular yang berasal dari Sarawak Ngektsai, akhirnya mendedahkan dirinya merupakan salah seorang kaki tangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ngektsai merupakan seorang petugas Jabatan Patalogi di salah sebuah hospital di Sarawak, berkongsi luahan rasanya sepanjang bertugas sebagai barisan hadapan menentang COVID-19.
Rayu Ngektsai, tolonglah beri kerjasama kepada mereka (petugas kesihatan) kerana mereka sudah berada di tahap kepenatan namun masih berjuang demi menyelamatkan nyawa.
“Di kala orang lain berkata bosannya duduk di rumah, kami mengira waktu, mengira waktu nak balik.
“Pukul berapa jam? Diulang-ulang kerana ada yang TERSAYANG risaukan kami yang berjuang.
“Bagi golongan artis (tak semua) yang demand bantuan tak masuk akal, AMBIKLAH, MINTAKLAH.
"Kami memang mengharapkan bantuan juga, tapi permintaan kami lebih kepada…Rakyat, kerjasamalah dengan kami, duduklah di rumah, kami tak sabar nak lepas dari semua ini.
“Apa yang kami ada tak cukup, sampai baju pesakit pun kami ENCANG (bantai)!.” Katanya. Selain itu Ngektsai turut memberitahu menyarung baju Pelindung Diri Personal (PPE) tidak semudah disangka.
Dia turut menggambarkan suasana di hospital sepanjang kes COVID-19 mula meningkat.
“Susah nak bernafas pakai PPE ni! Panas, sampai BERTAKUNG air dekat celah kangkang seluar dalam, dalam boot, kaki tangan berkedut, tak selesa, haus, nak minum, tapi tak semudah itu apabila PPE telah disarungkan.
“Kalau hujan, angin bertiup pun dah bersyukur. Itu antara ungkapan2 yg didengar. Jadi anda masih komplen BORING duduk rumah?
“Suasana dah macam PEPERANGAN dekat movie, bezanya sekarang peperangan kami dengan sesuatu yang tak nampak, itulah risikonya.
“Kalau musuh kau nampak, masih boleh lari. Jadi kau merungut lagi nak duduk rumah,” luahnya kesal. Ketika dihubungi Gempak, Ngektsai berkata tujuan dia memuat naik posting tersebut bukan untuk menagih simpati tetapi mahu kerjasama daripada rakyat Malaysia.
Dia turut mengharapkan agar orang ramai fokus kepada COVID-19 yang lebih penting berbanding isu lain yang remeh-temeh.
“Tak ada apa-apa lagi yang saya nak cakap, saya harap semua orang fokus dengan isu besar sekarang COVID-19 ini.
“Stay safe, stay home. And dont forget to follow Ngektsai on ig, FB page Ngektsai and utube channel NgektsaiArmy Official. Thats all,” katanya.

Salam Hero! ?? Sekadar luahan Ngektsai . Dikala org lain berkata bosannya duduk di rumah, kami mengira waktu, mengira waktu nak balik. “Pukul brapa jam?” Diulang2 kerana ada yg TERSAYANG risaukan kami yg berjuang. . Bagi golongan artis(tak semua) yang demand bantuan tak masuk akal, AMBIKLAH, MINTAKLAH. Kami memang mengharapkan bantuan juga, tapi permintaan kami lebih kepada “Rakyat, kerjasamalah dengan kami, duduklah di rumah, ? kami tak sabar nak lepas dari semua ini.” Apa yg kami ada tak cukup, sampai baju pesakit pun kami ENCANG! . Susah nak bernafas pakai PPE ni! Panas, sampai BERTAKUNG air dekat celah kangkang seluar dalam, dalam boot, kaki tangan berkedut, tak selesa, haus, nak minum, tapi tak semudah itu apabila PPE telah disarungkan, tolong lah hujan, angin bertiup pun dah bersyukur. Itu antara ungkapan2 yg didengar. Jadi anda maseh komplen BORING dudok rumah? . Suasana dah macam PEPERANGAN dekat movie, orang takkan sibuk dengan kau, dtg jer ke ‘medan perang’, pasang kelengkapan, trus masok perang, bezanya sekarang adalah peperangan kami dengan sesuatu yg tak nampak, itulah risikonya. Kalau musuh kau nampak, masih boleh lari. Jadi kau merungut lagi nak duduk rumah? . Mungkin sesetengah menganggap Ngektsai seorg yg GILA2 buat video, walhal saya pada sudut lainnya adalah HERO kepada keluarga saya, seorg abg, seorg adik, seorg kawan, dan sebagainya. Kita masing2 punya peranan. Kita berada pada waktu getir. Fahamilah... . Dalam kesibukan netizen dan artis BERBUNUHAN, jangan lah kami dilupai. Fokusnya masih kepada wabak. Selesaikan lah isu ini dulu bersama, kemudian fokus pada GOSIP2 ANDA YG TAK SUDAH2 TU!. Kadang2 tak semestinya BERBAKAT, beliau BERAKAL WARAS. Saya SEDAR di mana saya berdiri, SAYA PUNYA TANGGUNGJAWAB. Anda juga SAMA. Sekian. . Ps : kepada semua frontliner, tak semestinya kesihatan, TERIMA KASIH! Nak kutuk kami, kami pun berterima kasih. ☺️

A post shared by TheNgektsai (@ngektsai) on

Ngektsai yang mempunyai lebih 200ribu pengikut di Instagram (IG) sebelum sangat dikenali kerana sering menghasilkan video-video berunsur nasihat. Menariknya, perkongsian Ngektsai di laman sosial IG dan Facebook sering menjadi perhatian sehingga mencecah lebih sejuta tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
BorakSeeni