,
Dansa and Sing

"Dengar Pujian Sikit Pun Dah Lega" - Shiha Zikir

Asraf Aided
28/01/2020
23:30 MYT
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berasa gembira apabila menerima komen positif dari juri tetap Linda Jasmine dalam konsert keempat Ahad lalu.
Menurut Shiha yang diiringi kumpulan Squad dalam pertandingan itu, komen positif dari juri adalah satu perkara yang diharapkan setelah berusaha keras.
"Saya bersyukur dan gembira menerima komen positif dari Linda, pujian sebegitu mampu membuatkan kami berasa lega setelah berusaha keras.
"Kami semua 'pecah kepala' memikirkan tentang persembahan minggu keempat ini, sesi latihan juga bermula lebih lambat kerana memberi masa untuk koreografer mengumpul idea," jelasnya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu keempat Dansa Dan Sing bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.
Tambah Shiha, komen positif dari pihak juri juga mampu membangkitkan semangat untuk mereka lakukan lebih baik di konsert akan datang.
"Dengar pujian sikit pun kami sudah rasa lega, apa yang penting ia mampu membangkitkan semangat untuk kami terus lakukan yang terbaik di konsert akan datang," tambahnya.
Dalam konsert tersebut, Linda mengatakan persembahan Shiha dan Squad adalah yang pertama berjaya menyentuh perasaannya malam itu.
Selain Linda, ikon fesyen tersohor, Datuk Rizalman juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

gempak
13/06/2024
02:25 MYT
15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

gempak
20/04/2024
06:57 MYT
Jangan tanya soalan sensitif.
Hiburan

Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

gempak
07/03/2024
09:55 MYT
Tak propa ye, semua tu real
Hiburan

Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

gempak
05/03/2024
02:55 MYT
Shiha Zikir tak tiru mana-mana artis
BorakSeeni