Dansa and Sing
Shiha Zikir Ungguli Markah Tertinggi Juri, Harris Baba & Unique Tersingkir...Ini Recap Dansa Dan Sing Minggu Kedua
Bertemakan 'What If', Konsert mingguan Dansa Dan Sing minggu kedua berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Yusry Abdul Halim telah diundang selaku juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap, Linda Jasmine dan Datuk Rizalman.
Sepuluh peserta diiringi oleh skuad masing-masing telah memberi persembahan bertenaga dan memukau penonton.
Berdasarkan hasil campuran markah juri dan undian online, Arja & The Pirates, Atilia, Yasmin Hani & The Lola serta Harris Baba & Unique telah berada di tangga tiga terbawah.
Nasib tidak menyebelahi Harris dan skuadnya apabila mereka tersingkir di konsert minggu kedua itu.
Di sini, Gempak senaraikan kedudukan sepuluh peserta berdasarkan pemarkahan pihak juri malam tadi.
1. Shiha Zikir & Squad - 94.93%
2. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 94.03%
3. Sophia Liana & Budak Ngam - 88%
4. Waris & Alamak - 84.2%
5. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 80.33%
6. Wani Kayrie & Delitz - 76.27%
7. Arja & The Pirates - 69.87%
8. Atilia, Yasmin Hani & The Lola - 58.87%
9. Nik Qistina & DP Fam - 58.77%
10. Harris Baba & Unique - 49.67%
Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video