Penjual kereta terpakai di United Kingdom (UK) sudah berkongsi beberapa permintaan dan persoalan pelik daripada pelanggan mereka.

Antara yang paling pelik ialah ada pelanggan mahu bawa balik kereta pandu uji ke rumahnya untuk melihat sama ada anjing peliharaannya menyukai kenderaan itu atau tidak.



Ada seorang lagi pengguna bertanyaka sama ada bolehkah dia memasukkan sebuah keranda dalam bahagian belakang Ford Mondeo.

Kaji selidik membabitkan ribuan pengedar ini dilakukan oleh CarGurus iaitu laman automotif paling pantas berkembang di UK.



CarGurus juga menyenaraikan 10 soalan pelik yang diajukan pelanggan sebelum mereka memutuskan sama ada mahu membeli kereta itu atau tidak.
  1. Bolehkah sebuah keranda dimasukkan di belakang Ford Mondeo?
  2. Boleh saya bawa pulang kereta untuk lihat sama ada anjing saya menyukainya atau tidak?
  3. Boleh anda tukar pemanduan ini kepada bahagian kiri?
  4. Adakah kamu terima haiwan/hartanah sebagai bayaran?
  5. Boleh saya semak nombor casis ini sama ada ia bertuah atau tidak?
  6. Boleh ke saya bawa isteri berumur 80 tahun untuk pandu uji dan lihat sama ada ia menakutkan dia atau tidak?
  7. Boleh kamu pasang kereta ini dengan radio bersama pemain kaset?
  8. Boleh anda hantar kereta ini ke Australia? Malta? Nigeria?
  9. Boleh anda turunkan tempat duduk supaya saya tahu sama ada boleh saya tidur di belakang?
  10. Boleh kamu isi ruang dalam dengan belon dan ikat riben bow?
Bagi penjual kenderaan di Malaysia, jika kejadian seperti ini turut berlaku kepada anda. Anda boleh berkongsi kepada kami.