Kemalangan adalah paling ditakuti bagi semua pemandu kereta dan pengguna jalan raya yang lain.

Biarpun berhati-hati sekali pun, kecelakaan itu tetap akan berlaku sama ada ia berpunca daripada orang lain, lebih-lebih ketika ini pengguna kenderaan semakin meningkat setiap tahun. Dari 2017 hingga 2018, jumlah kemalangan jalan raya juga meningkat sebanyak 14,723 kes.

Berdasarkan peningkatan angka berkenaan, “Drive for Life" Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) menyediakan beberapa tips yang anda boleh ikuti jika berlaku kemalangan membabitkan:

1. Menilai keadaan anda

Pertama sekali, anda perlu menarik nafas yang panjang untuk lebih tenang dan seterusnya periksa sama ada mengalami kecederaan atau sebaliknya sebelum memeriksa penumpang lain.

Jika semua dalam keadaan baik, cuba alih kenderaan anda ke tempat lebih selamat dan letak amaran segitiga di belakang kereta anda.

Selepas kereta diletak di tempat yang selamat, barulah penumpang perlu keluar dari kenderaan dan pastinya mereka berada di kawasan risiko dengan lalu lintas.

Sekiranya anda rasa takut atau terancam, hubungi polis dengan serta-merta dan memaklumkan kepada mereka kejadian dan lokasi kemalangan.

2. Menilai kenderaan anda

Periksa kenderaan anda dengan mengambil gambar berhubung kerosakan sama ada kereta sendiri atau kenderaan lain yang terbabit sama akibat kemalangan itu.

Ia akan membantu dalam pertikaian yang berpotensi di kemudian hari. Tukar maklumat berikut dengan pemandu lain:

Walaupun amalan biasa untuk bertukar maklumat peribadi dengan pemandu lain yang terbabit dalam kemalangan, ia boleh menjadi tidak selamat terutamanya bagi wanita untuk mendedahkan maklumat berkenaan kepada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya rasa tidak selesa berkongsi butiran anda, berikan maklumat ahli keluarga lain seperti lelaki atau kawan rapat yang lain.

3. Memahami prosedur

Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam kecuali anda memerlukan rawatan perubatan atau sebaliknya.

Apabila membuat laporan, seorang pegawai polis akan mengambil gambar kereta dan kes anda akan diberikan kepada pegawai penyiasat trafik.

Untuk tuntutan insurans, anda memerlukan salinan laporan polis, laporan pegawai penyiasat yang memperincikan siapa yang bersalah dan gambar kejadian kemalangan.

4. Servis kenderaan anda secara berkala dan guna komponen yang berkualiti

Biarpun hanya 20 peratus kemalangan berpunca daripada kenderaan yang bermasalah dan keadaan jalan raya, jadi pencegahan sentiasa lebih baik daripada membaikinya.

Sentiasa periksa kenderaan anda dan menggunakan komponen berkualiti bagi meningkatkan kebolehpercayaan, prestasi dan keselamatan. Ia bukan saja mampu mengurangkan risiko kerosakan berkenaan.