Tempatan

405 ‘kumbang’ meraikan acara Beetle, An Iconic Gathering

gempak
Erywan
15/07/2019
03:15 MYT
Sponsor Banner
405 ‘kumbang’ meraikan acara Beetle, An Iconic Gathering
Dalam satu cerita, mesti ada penamatnya. Begitu juga kisah Volkswagen Beetle yang mana pengeluaran akan berakhir selepas 80 tahun diperkenalkan pada peringkat global.
Jentera yang asalnya dikenali sebagai kereta rakyat itu direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938 dan lebih 21.5 juta unit dijual di seluruh dunia, sekali gus menjadi antara kereta paling laris dalam abad ke-20.
Dalam tempoh itu, hanya tiga generasi Beetle yang berjaya dikeluarkan dan ia sememangnya kaya dengan sejarah tersendiri. Di Malaysia, ia juga dipasang di Shah Alam, Selangor pada 1968 dan ramai rakyat Malaysia yang membesar bersama kereta itu.
Bagi memperingati berakhirnya jentera ikonik itu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menganjurkan acara Beetle, An Iconic Gathering dengan mengumpulkan semua pemilik Beetle di tempat parkir terbuka di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Sabtu lalu.
Sambutan itu akan dimulakan dengan konvoi Beetle Sunshine Tour sebanyak 100 Beetle dan dilepaskan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Konvoi itu akan melalui jalan-jalan di Segi Tiga Emas sebelum bergerak ke Putrajaya di mana ia akan menyertai Beetle yang lain di Istana Kehakiman.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pemilik 405 Beetle yang sanggup hadir untuk berkumpul pada acara berkenaan, biarpun ada daripada mereka datang dari Perlis dan Johor.
“Ini adalah satu momen yang emosional bagi kita untuk melihat barisan kereta Beetle dan saya percaya semua yang hadir turut berkongsi sentimen yang sama.
“Kereta ini berjaya menyatukan semua orang berkumpul di Putrajaya atas satu keghairahan bersama Beetle,” katanya.
Daripada ratusan kumbang, tiga Beetle yang hadir menerima anugerah Best in Show dan satu bagi katagori Most Liked Car yang dipilih berdasarkan undian paling popular dalam sosial media.
Bagi ‘Best in Show’, ia dimenangi Fairul Irwan, Raja Gopal dan Thavanesan Selvaratnam, manakala Siti Aishah Ismail adalah pemenang ‘Most Liked Car’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live