Antarabangsa

ABT Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-125 Dengan Perkenalkan Audi RSQ8-R

gempak
Erywan
24/08/2020
04:46 MYT
Sponsor Banner
ABT Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-125 Dengan Perkenalkan Audi RSQ8-R
Siapa sangka, syarikat talaan yang begitu sinonim dengan jenama Audi iaitu ABT akan menyambut ulang tahunnya yang ke-125 pada tahun hadapan. Sebagai kejutan awal, syarikat itu memperkenalkan rekaan terbaru mereka yang berasaskan Audi RSQ8.
Dikenali sebagai RSQ8-R, SUV berkuasa tinggi ini mampu memberikan saingan sengit kepada mana-mana supercar dengan kuasa yang berjumlah 740hp dan 920Nm, 140hp dan 120Nm lebih tinggi berbanding versi asal.
Peningkatan kuasa yang ketara ini dicapai menerusi penggunaan unit kawalan enjin yang ditala oleh ABT sendiri serta intercooler custom.
Masa pecutan 0 hingga 100km/j tidak didedahkan namun menurut syarikat itu, RSQ8-R mampu memecut sehingga 315km/j. Untuk perbandingan, RSQ8 standard memerlukan 3.8 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j dan mempunyai kelajuan maksimum 250km/j sahaja.
Sesuai dengan kuasa tambahan yang diperoleh, ABT turut menyertakan pakej visual yang terdiri daripada komponen-komponen gentian karbon seperti ‘skirt’ hadapan dan belakang, ‘skirt’ sisi, cermin sisi, dapra dan spoiler.
Melengkapkan pakej ini adalah rim ABT High Performance HR berukuran 23 inci dan empat muncung ekzos dengan ukuran diameter 102mm.
Ruang kabin turut dinaik taraf dengan kelengkapan berjenama ABT seperti stereng, penutup suis penghidup enjin dan tombol gear, di samping kemasan gentian karbon dan logo model pada karpet.
Nombor siri pengeluaran pula dicetak pada konsol tengah dan ambang pintu. ABT akan menawarkan 125 unit RSQ8-R bersempena dengan ulang tahunnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live