Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Acura NSX berumur 27 tahun ini, nampak seperti baru!

Erywan
02/08/2019 02:32 MYT
Acura NSX dengan salutan warna metalik perak Sebring dengan bumbung kontras hitam ini adalah antara satu daripada 117 unit yang dibina pada 1992.

Produk yang menjadi tarikan utama awal tahun 1990-an ini dilengkapi enjin berkapasiti 3.0 liter VTEC V6 dengan pasangan kotak gear transmisi manual lima kelajuan dengan LSD.



Enjin yang ditempatkan pada bahagian tengah belakang dikatakan boleh mengekstrak kuasa puncak 270hp pada 7,100rpm dengan tork 285Nm semasa 5,300rpm.

Jika diteliti, ia nampaknya sudah dikenakan sistem ekzos kustom, set lampu kabus tambahan dan stereng roda MOMO.



Rim hadapan dipasang adalah berukuran 16 inci, manakala roda belakang diganti dengan jenis aloi 17 inci. Kedua-duanya dibalut tayar jenis Kumho. Jika anda membeli kereta ini, rim standard akan diberikan sekali.



Ruang dalaman menyaksikan kerusi jenis boleh laras dengan kuasa elektrik dan dibalut dengan material kulit berwarna hitam, ada juga sistem audio jenama Bose, sistem pendingin hawa automatik, tetingkap kuasa dan kawal jelajah.



Odometer kereta jenis mekanikal enam digit menunjukkan jarak perbatuan kira-kira 13,800 batu atau sekitar 22,200 kilometer.

Setakat 25 Julai lalu, harga lelongan bagi jentera ini di laman web bringatrailer.com dibida hingga mencapai harga AS$51,500 (RM212,200). Suatu harga cukup luar biasa bagi model sebegini.


#Drebar #Acura #NSX