Setiap model Rolls-Royce, ia melambangkan kekayaan seseorang individu itu atau status pangkatnya.

Bagaimanapun situasi itu berbeza dengan apa yang berlaku di Kerala, India, apabila sebuah Rolls-Royce Phantom yang di belakangnya tertulis perkataan Teksi dan menjadi tular di Twitter, Whatsapp dan pelbagai media sosial lain.

Difahamkan, Rolls-Royce Phantom yang dikatakan berubah menjadi teksi itu dimiliki seorang ahli perniagaan dari Kerala, Boby Chemmanur.

Pada masa sama, ia juga pemilik Oxygen Resort di Kerala. Kenderaan itu dilaporkan bakal digunakan sebagai perkhidmatan mengambil dan menghantar pengunjung pusat peranginan itu yang mengambil pakej percutian selama dua hari.

Hanya RS25,000 (RM1,472) pengunjung boleh menaiki kereta mewah edisi terhad dalam tempoh tiga hari. Pakej yang ditawarkan itu cukup unik dan memberi peluang kepada pengunjung merasai menaiki kenderaan itu.

Pemilik kenderaan itu mendakwa tawaran pakej kereta mewah itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan, tetapi mahu menawarkan keunikan buat pengunjung pusat peranginannya.

Sumber: www.gulfnews.com