Antarabangsa

Akibat Covid-19, Daihatsu Ayla Dan Sirion Lancar Di Indonesia Menerusi ‘Live Streaming’

gempak
Erywan
19/03/2020
08:25 MYT
Sponsor Banner
Akibat Covid-19, Daihatsu Ayla Dan Sirion Lancar Di Indonesia Menerusi ‘Live Streaming’
Berikutan wabak Covid-19, Astra Daihatsu Motor (ADM) melancarkan dua model menerusi Ayla dan Sirion yang dipertingkatkan menerusi penstriman langsung (live streaminng) di youtube Daihatsu Sahabatku. Kini Ayla menerima beberapa perubahan ciri dan tampil semakin sporty. Ia tampil dengan jeriji dan bampar seperti model Alya versi turbo, selain lampu belakang dan rim 14 inci baharu untuk tampak dinamik.
Ruang dalamannya, kini diceriakan warna hitam untuk memberi karakter sporty. Pada papan pemukanya, paparan penyaman udara kini diubah menjadi digital untuk memberi ciri moden. Kereta kompak itu juga dilengkapi sistem audio skrin sesentuh yang mempunyai kamera parkir untuk memudahkan penggunanya meletak kenderaan.
Ia ditawarkan dengan dua varian membabitkan enjin 1.0 liter dan 1.2 liter. Bagi enjin 1.0 liter ia menyalurkan 65PS, manakala 88PS untuk enjin 1.2 liter. Untuk memberi pilihan kepada penggunanya, Ayla itu ditawarkan dengan 12 varian yang mana ia dijual bermula antara Rupiah 113.85 juta (RM31,478) sehingga Rupiah 159.4 juta (RM44,072).
Bermula varian 1.2 liter automatik, ia juga dilengkapi ciri keselamatan merangkumi ABS dan EBD. Malah, ia juga ditawarkan dengan tujuh pilihan warna dengan dua pilihan warna baharu iaitu Kuning Metalik dan Perak Metalik. Bagi Sirion pula, ia dikatakan tidak banyak perubahan yang dilakukan, tetapi ia diposisikan untuk sasaran anak muda dan mereka yang berjiwa muda.
Perubahan yang dilakukan adalah penambahan aerokit dan pelindung sisi untuk membuatkan imej lebih segar. Seperti Alya juga, ruang kabin Sirion dilengkapi dengan audio yang lebih besar dengan ciri lebih canggih seperti Mirror Link.
Kereta yang seakan-akan dengan model Perodua Myvi di negara ini, ia dijana enjin 1.3 liter dengan empat silinder yang menyalurkan 95PS pada 6,000rpm. Sirion hadir dalam dua varian membabitkan 1.3L transmisi yang dijual Rupiah 200.1 juta (55,325) dan 1.3L transmisi automatik berharga Rupiah 214.85 juta (RM59,403).
Sirion baru menawarkan 5 pilihan warna, dengan 2 pilihan warna terbaru membabitkan Biru Metalik dan Kelabu Metalik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live