AKO Dedah Prototaip Motosikal Trike
Erywan
12/06/2020 01:35 MYT
12/06/2020 01:35 MYT
Sebuah syarikat di Lithuania, AKO mengumumkan ciptaan motosikal pertamanya iaitu jenis roda tiga (trike) dengan dua tempat duduk serta boleh mencapai jarak tunggangan sejauh 289 kilometer.
Apa yang menjadikan ia lebih menarik ialah motosikal trike ini boleh sendeng ke kiri atau kanan semasa penunggang membelok, membezakanya dengan sifat sebuah kereta atau trike bike versi statik.
Bagaimanapun, motosikal ini masih belum sedia untuk dikeluarkan pada skala besar-besaran kerana unit prototaip masih dalam peringkat ujian.
Sistem pengemudian motosikal ini membolehkan penunggang membelok pada kelajuan rendah atau miringkan motosikal dari sisi ke sisi untuk pengendalian pada kelajuan lebih tinggi.
Ini dibuat dengan menolak turus stereng ke arah kiri atau kanan. Tindakan tersebut membuatkan komponen mekanikal stereng trike ini menyendengkan motosikal trike mengikut arah kawalan penunggang.
Jika dilihat pada bahagian sisi, produk ciptaa AKO ini seperti sebuah kepala helikopter tanpa ekor dan menggunakan sepasang tayar di hadapan serta roda tunggal di belakang.
AKO menggunakan motor elektrik yang memacu roda belakang dengan bantuan aci pacu dan mampu menjana 200kW (hampir 268hp) serta tork maksimum 600Nm.
Pek bateri yang digunakan ialah 26kWh dan kuasa ini membolehkan motosikal trike ini mencapai jarak tunggangan sekitar 300 kilometer (km). Sudut sendeng atau miring maksimum ialah 30 darjah.
Walaupun dipanggil motosikal, prototaip ini dipasang beg udara depan dan sisi dengan tali pinggang keledar abah-abah empat poin untuk penunggang dan pembonceng.
Setakat ini tiada tarikh tetap atau pengesahan dibuat mengenai halatuju motosikal AKO. Cumanya, anda dipelawa mengisi borang di laman web syarikat untuk jemputan tunggang uji, mengetahui maklumat terkini dan untuk kempen pratempahan.