Antarabangsa
Akrapovic Evolution Line Kit Untuk Honda CBR1000RR-R Fireblade
Seperti diketahui, antara cara paling pantas meningkatkan tahap keefisienan enjin ialah menukar ekzos standard kepada jenis berprestasi.
Jadi, ini juga teknik dilakukan bagi melonjak prestasi superbike Honda CBR1000RR-R Fireblade.
Syarikat pengeluar ekzos berprestasi, Akrapovic dan Honda menjalin satu kerjasama dan membawa kepada penghasilan sistem ekzos khas untuk CBR1000RR-R Fireblade.
Set sistem ekzos penuh ini dipanggil Akrapovic Evolution Line Kit dan ciptaannya adalah mengikut rekomendasi unit pembangunan dan penyelidikan Honda Racing Corporation (HRC).
Akrapovic Evolution Line Kit dihasilkan daripada material ringan titanium dengan reka bentuk lebih kemas. Berbanding dengan set ekzos standard pada CBR1000RR-R Fireblade, kit baharu ini lebih ringan 5 kilogram.
Jika menyarung kit ini pada superbike CBR1000RR-R Fireblade, anda tidak boleh menunggang atas jalan raya biasa. Sebabnya, sistem ekzos Akrapovic Evolution Line Kit dikhaskan untuk kegunaan litar dan ia terlalu kuat bunyinya.
Khabarnya, kit ini belum memasuki pasaran dan jika anda berminat untuk memilikinya, tempahan awal boleh dibuat. Cuma tiada maklumat tentang harganya setakat ini.
Must-Watch Video