Tempatan

Aprilia RSV4 1100 Factory menyamai prestasi jentera lumba – RM159,900

gempak
Erywan
08/07/2019
03:52 MYT
Sponsor Banner
Aprilia RSV4 1100 Factory menyamai prestasi jentera lumba – RM159,900
Didi Resources Sdn Bhd, pengedar dan pengimport motosikal Aprilia di Malaysia memperkenalkan model paling berkuasa dalam jenama itu menerusi RSV4 1100 Factory.
Ia menjadikan model superbike terbaik daripada Aprilia dengan keupayaan prestasi hampir menyamai jentera lumba jenama berkenaan.
Bagi memastikan sebuah produk premium, ia sentiasa memenuhi keperluan penunggang dari segi prestasi serta dilengkapi teknologi yang diperbaharui, selain menggunakan material terbaik seperti aluminium, titanium dan karbon. Aprilia RSV4 1100 Factory digabungkan dengan kerangka, suspensi dan pakej elektronik jentera lumba.
Penampilannya, Pusat Pengayaan Aprilia memastikan jentera itu kekal unik dan mudah dikenali dengan menggunakan warna asli karbon pada madgad, panel tepi, pelapik ekzos dan winglet.
Bagi memberi warna yang lebih kontras, kemasan titanium turut dipadankan pada terminal ekzos. Rim tempaan aluminium juga memiliki warna sama seperti titanium untuk tampil menarik.
Buat pengetahuan anda, ia adalah model pertama Aprilia untuk jentera pengeluaran biasa menggunakan winglet aerodinamik pada fairing tepinya.
Ia diuji di terowong angin untuk meningkatkan downforce bagi memberi kestabilan pada kelajuan tinggi, mengurangkan kecenderungan untuk wheelies apabila keluar selekoh dan kestabilan ketika membrek secara agresif.
Prestasinya tidak boleh dinafikan lagi apabila ia boleh menghasilkan 217hp pada 13,200rpm dengan torknya pula mencecah 122Nm pada 11,000rpm daripada enjin bersesaran 1,078cc.
Kuasa itu disalurkan ke kotak gear enam kelajuan dengan padanan klac basah yang dibantu sistem mechanical slipper.
Bagi mengawalnya, sistem pengendaliannya menggunakan fork Öhlins NIX dengan padanan peredam hendal yang boleh laras serta sistem brek diberi kepercayaan kepada Brembo.
Menariknya, ia didatangkan pakej APRC (Aprilia Perfomance Ride Control) baharu dengan memiliki Kawalan Daya Kawanan Aprilia (ATC), Aprilia Wheelie Control (AWC), Aprilia Launch Control (ALC), Aprilia Quick Shift (AQS) dan Aprilia Pit Limiter (ALC).
Aprilia RSV4 1100 Factory yang padat dengan teknologi itu dijual pada RM159,900 atas jalan tidak termasuk insurans.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live