Arctic Trucks Menghasilkan Versi Ekstrem Buat Toyota Hilux
Erywan
08/02/2021 05:02 MYT
08/02/2021 05:02 MYT
Umum mengetahui bahawaToyota Hilux tidak memerlukan sebarang modifikasi untuk mengharungi pelbagai jenis bentuk muka bumi yang mencabar. Bagaimanapun, pakar modifikasi jentera off-road Arctic Trucks menemui cara untuk membawa prestasi trak pikap itu ke tahap yang lebih tinggi.
Menerusi kerjasama dengan Toyota UK, Arctic Trucks telah menghasilkan versi yang lebih ekstrem yang dikenali sebagai Hilux AT35. Dibina berasaskan varian Invincible X Double Cab 2.8 liter, model ini menerima naik taraf yang membabitkan aspek penggayaan, casis serta sistem suspensi.
Antara naik taraf yang dimaksudkan adalah pengubahsuaian pada casis dan gerbang roda, serta penggunaan tayar BFGoodrich KO2 All-Terrain berukuran 35 inci. Hasilnya, jarak lega tanah meningkat sebanyak 65mm, manakala sudut pendekatan dan pelepasan masing-masing bertambah sebanyak sembilan dan tiga darjah.
Hilux AT35 juga dilengkapi dengan sistem suspensi Bilstein dengan gegelung dan peredam kustom pada bahagian hadapan, dan ‘anti-roll bar’pada bahagian belakang. Gabungan ini secara tidak langsung menjadikan trak pikap ini lebih tinggi, dengan peningkatan sebanyak 40mm pada gandar hadapan dan 20mm pada gandar belakang.
Bukan itu sahaja, ‘differential’ hadapan dan belakang turut ditala semula untuk penyaluran tork yang lebih optimum. Bampar belakang kini mempunyai bar lengkap dengan penambat terbina dalam.
Dari segi penampilan, Hilux AT35 boleh dibezakan dengan versi standard menerusi dapra hadapan dan belakang yang lebih lebar, pelekat ulang tahun ke-30, lencana AT35 serta pemijak sisi. Lebih menarik lagi, setiap unit didatangkan dengan sijil pengesahan daripada Arctic Trucks.
Kuasa masih dibekalkan oleh enjin turbodiesel 2.8-liter empat silinder asal yang menghasilkan 201bhp dari 3,000 hingga 3,400rpm dan 500Nm tork dari 1,600 hingga 2,800rpm. Kuasa dihantar ke roda oleh transmisi automatik enam kelajuan.
Hilux AT35 akan ditawarkan kepada pelanggan sebagai kit ‘conversion’ untuk Hilux Invincible X Double Cab A/T pada harga £18,780 (RM104,808).