Aston Martin baru sahaja mendedahkan nama untuk kereta model kod AM-RB 003. Ia adalah Valhalla, suatu nama sama dengan rangkaian lain yang bermula dengan huruf V.

Model-model sebelum ini ialah Vantage, Virage, Vulcan, Vanquish dan Valkyrie. Dalam mitodologi negara-negara Nordic, ia merujuk kepada satu tempat di mana roh-roh tentera yang gugur disemadikan.


Model kod AM-RB 003 mula dipersembahkan pada pameran Geneva Motor Show 2019. Ia sebahagian daripada keluarga Aston Martin dengan enjin diposisikan pada bahagian tengah seperti Valkyrie dan Valkyrie AMR Pro.

Biarpun begitu, ia tidak kelihatan agresif seperti Valkyrie tetapi lebih banyak ruang dan versatile tanpa menjejaskan elemen sebuah jentera berprestasi.


Pengarah pereka Aston Martin, Miles Nurnberger berkata, ia adalah 'penyulingan' Aston Martin Valkyrie 'dan bukannya ‘cairan'.

Seperti Valkyrie, Valhalla dibangunkan dengan kerjasama Red Bull Advanced Technologies. Ia akan menggunakan enjin pembangunan dalaman syarikat jenis hibrid V6 turbo.


Valhalla dikatakan menggunakan badan yang diperbuat daripada gentian karbon yang menyebabkan beratnya cuma 1,350 kilogram.

Tiada maklumat diberikan mengenai enjin serta data kuasa. Begitu juga dengan bila tarikh pelancarannya.


Aston Martin merancang menghasilkan 500 unit Valhalla. Harganya dikatakan sekitar AS$1.1 juta (RM4.6 juta).