Isteri bintang Maharajala Lawak Mega 2021 (MLM2021) Atu iaitu Shafeeqa Johari memohon agar netizen berhenti menghakimi penglibatan suaminya dalam kumpulan Boro.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering membanding-bandingkan lawak Atu dengan anggota asli Bocey, arwah Abam.

Menurut Shafeeqa, kehadiran Atu dalam kumpulan Boro bukan untuk menggantikan arwah Abam sebaliknya hanya memberikan pembaharuan.

“Mereka hanya membawa pembaharuan bukan untuk menggantikan arwah Abam… Nanti bila masuk kumpulan yang sama je orang cakap lawak sama je.

“Jadi mereka berpisah sementara. Mencari keserasian bersama insan lain… Tak akan lah arwah meninggal, Achey dan Fad terus tak boleh berada dipentas.

Saya percaya, jika bukan Atu, orang akan cakap perkara yang sama… Mereka mencuba… Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah…

“Janganlah terlalu menghakimi mereka sama sentiasa. Bila berada dipentas baru, level mereka sama sahaja dengan yg lain.

“Pernah juara atau pun tidak, akan balik kembali kepada asal. Macam itu jugalah zaman. Zaman pun ada perubahan kan. Zero-Bocey dan Boro bukan perkara yang sama. Content berlainan,” jelasnya.

Shafeeqa berkata demikian berikutan terdapat komen yang menyatakan lawak Achey dan Fad semakin kurang baik selain mendakwa Atu cuba menggantikan tempat arwah Abam.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Menerusi coretan yang sama, Shafeeqa memberitahu Atu begitu serasi bersama Fad ketika beraksi di pentas Muzikal Lawak Superstar sebelum ini.

“Atu tidak menggantikan Abam. Mungkin sebab Fad dan Achey masih bersama, Atu dikatakan menggantikan Abam.

“Atu serasi dengan Fad di pentas MLS, jadi mereka cuba di pentas Maharaja Lawak bersama Achey. Tak salah kan…

“Nama kumpulan pun lain. BORO…. Konsep mereka pun lain… Kontent pun sama-sama cari. Jika Atu masih bersama Zero pun netizen akan cakap lawak yang sama je tak ada perubahan, sebab? Ahli masih yang sama,” coretnya.

Mengakhiri coretannya, Shafeeqa berharap netizen dapat memberikan Boro peluang untuk mencari keserasian.

“Bagi mereka peluang untuk mencari keserasian… mereka juga mencari rezeki. Good luck Boro.

“Jika bukan rezekimu di pentas, saya percaya rezeki kamu lebih besar Allah akan beri. Siapa kita nk lawan takdir Allah…” tulisnya.

Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Jangan lupa saksikan MLM2021 setiap Jumaat, 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLM2021 juga boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Bakat Terpadu’, MLM2021 ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Untuk perkembangan terkini MLM2021, layari laman web rasmi di www.gempak.com/maharajalawakmega