Antarabangsa
Audi dedah AI: Trail quattro – Kereta off-road elektrik masa depan
Sebelum ini, Audi ada mempertontonkan model konsep Aicon , PB18 dan AI: ME.
Kini, Audi kembali semula di Pameran Motor Frankfurt 2019 dengan membawa satu lagi ciptaan yang dinamakan AI: Trail quattro.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/audi-ai_-trail-quattro-14.jpg)
Jentera ini bukan sahaja bersifatkan off-road tetapi juga berdarahkan autonomi. Model konsep ini seakan-akan sebuah kapsul terapung di atas rim berukuran 22 inci dengan balutan tayar futuristik 33.5 inci.
Jentera masa hadapan ini adalah sepanjang 4.15 meter dengan 2.15 meter lebar. Beratnya cuma 1,750 kilogram disebabkan penggunaan material jenis ringan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/audi-ai_-trail-quattro-02.jpg)
AI: Trail quattro adalah sebuah kereta elektrik yang dilengkapi empat motor dan pek bateri besar jenis litium ion. Satu cas penuh membolehkannya bergerak antara 400 hingga 500 kilometer.
Jika memilih untuk meredah permukaan tidak berturap, jentera ini boleh capai sejauh 250 kilometer.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/audi-ai_-trail-quattro-06.jpg)
Keempat-empat motor membantu menghasilkan kuasa 320 kilowat atau kira-kira 435hp dengan tork sekuat 1,000Nm.
Untuk pemanduan autonomi, model ini menggunakan teknologi tahap empat . Bagi off-road, Audi AI: Trail quattro masih ada pedal dan stereng dan autonomi adalah tahap tiga.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/audi-ai_-trail-quattro-07.jpg)
Must-Watch Video