Antarabangsa

Belanja RM5 Di Stesen Petron, Anda Boleh Menang Motosikal, Bercuti Dan Banyak Lagi

gempak
Erywan
01/10/2020
12:57 MYT
Sponsor Banner
Belanja RM5 Di Stesen Petron, Anda Boleh Menang Motosikal, Bercuti Dan Banyak Lagi
Payment Network Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Petron melancarkan peraduan ‘Fuel Penuh Gaya - MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda!’.
Ia adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang menggunakan kad ATM MyDebit untuk pembelian bahan api melalui terminal bayaran di luar di lebih 700 stesen minyak Petron.
Pada masa itu, Petron adalah rangkaian stesen minyak pertama di negara ini menawarkan pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit tanpa tahanan deposit RM200 selama tiga hari.
Peraduan itu bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember ini dengan pembelian melebihi RM5 dalam satu resit dengan menggunakan kad ATM MyDebit yang dikeluarkan bank-bank di Malaysia. Secara tidak langsung, ia akan menggalakkan pelancongan domestik bagi merancakkan semula sektor terbabit yang kian pulih akibat kesan daripada Covid-19.
Sebanyak 169 hadiah ditawarkan termasuk Kawasaki Z250 ABS, Modenas Pulsar NS200 ABS, kamera Go Pro Hero 8, mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500 setiap satu, minyak pelincir Petron Rider 4T Synthetic Blend untuk setahun.
Selain itu, 36 baucer penginapan hotel turut menanti pemenang membabitkan Lexis Hotel & Resort, Pelangi Beach Resort & Spa, Gloria Residences Ion Delemen Genting Highlands, Federal International Group dan Iconic Hotel Penang yang ditaja oleh Tourism Malaysia.
Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, melalui kerjasama itu, ia dapat membantu mempromosikan perjalanan domestik melalui kad ATM MyDebit.
“Keadah pembayaran di stesen kami terbukti lebih cepat, selamat dan mudah, berharap lebih ramai pelanggan mencubanya.
“Kami mahu menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan sambil menyumbang kepada pemulihan negara kita,” katanya pada majlis perasmian Fuel Penuh Gaya- MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda!’.
Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusuf dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024