NZ Wheels Sdn Bhd, pengedar Mercedes-Benz di Malaysia menganjurkan kempen Double Celebrations yang mana pelanggan membeli model Mercedes-Benz terpilih bakal berpeluang memenangi Ducati XDiavel S.

Berlangsung dari 13 Julai hingga 30 September 2020, kempen itu menawarkan peluang menarik kepada pelanggan untuk memenangi XDiavel S bernilai RM161,900, selain pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.


Setiap tempahan, pembelian dan penghantaran kenderaan Mercedes-Benz yang berjaya di mana-mana NZ Wheels Autohaus berpeluang menerima satu penyertaan peraduan sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotif Group, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, melalui kempen NZ Wheels Double Celebration, pihaknya mahu pelanggan memanfaatkan tempoh pengecualian cukai jualan untuk membeli kereta impian sambil memberi mereka hadiah tambah nilai lebih tinggi pada tahap premium.

“Oleh itu, kami bekerjasama dengan Ducati Malaysia kerana nilai jenama mereka bertepatan dengan Mercedes-Benz dan NZ Wheels, untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi, inovasi, gaya dan kecanggihan, “ katanya.


Maklumat mengenai pemenang hadiah utama akan dipaparkan di laman web NZ Wheels dan saluran media sosial; Instagram dan Facebook, 30 hari selepas tempoh peraduan.

Pemenang juga akan diberitahu secara langsung melalui telefon dan dijemput ke majlis penyampaian hadiah yang diadakan di premis NZ Wheels.

Senarai Autohausa NZ Wheels: