Modifikasi

Benelli BN302 Ubah Jadi Naked Fighter Untuk Lebih Garang

gempak
Erywan
09/04/2020
02:46 MYT
Sponsor Banner
Benelli BN302 Ubah Jadi Naked Fighter Untuk Lebih Garang
Benelli BN302 mula diperkenalkan ke pasaran dunia sekitar 2015 dan jenama Itali yang kini di bawah syarikat konglomerat China itu memutuskan untuk membawa masuk model naked berbanding sportbike fairing.
Ditawarkan pada harga kompetitif dengan ciri peralatan tertinggi tentunya kehadiran jentera itu sedikit sebanyak mengejutkan pesaing sedia ada dalam segmen naked. Walaupun rekaan masih lagi dilakukan pihak Benelli Itali, penampilan yang ada tidak cukup memuaskan pemilik asal Singapura ini.
Menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada bengkel CT Shop Motor, Benelli BN302 kini berubah penampilan menjadi naked fighter yang lebih garang menerusi warna serba hitam. Digelar sebagai The Dark Night, kerja transformasi kebanyakannya menggunakan tangan supaya lebih mudah mendapatkan garis-garis otot yang ada dan disesuaikan dengan kerangka tipikal Benelli BN302.
Dijana oleh enjin 300cc DOHC silinder berkembar, Benelli BN302 mampu menghasilkan kuasa 37hp @ 11,500rpm dan tork 27Nm @ 9,000rpm dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.
Wajah depan diserlahkan dengan campuran penggayaan klasik dan moden menerusi pemasangan lampu bulat projektor LED ‘Lumire Detroit’. Lampu belakang dengan garis halus LED yang digabungkan bersama lampu signal memberikan imej gaya sebuah fighter sejati.
Suspensi fork depan terbalik (USD) kini disembur cat hitam mewakili watak Dark Night. Benelli Dark Night BN302 kelihatan lebih kukuh dan berkualiti setelah menerima sentuhan daripada pihak CT Shop Motor.
Melengkapkan penampilan satria hitam itu, pemilik memilih aksesori brek tangan Brembo, ekzos Mivv, cermin sisi CRG dan lampu signal berwarna lebih terang. Manakala pelana penumpang direka sepenuhnya dan padanan bentuk belakang yang minimalis menonjolkan rupa belakang dengan padanan madgad besar pada bahagian tayar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024