Antarabangsa

Berita Baik! Kerajaan Lanjutkan 6 Bulan Lagi Pengecualian Cukai Jualan Untuk Kenderaan

gempak
Erywan
30/12/2020
00:30 MYT
Sponsor Banner
Berita Baik! Kerajaan Lanjutkan 6 Bulan Lagi Pengecualian Cukai Jualan Untuk Kenderaan
Buat mereka yang tidak sempat untuk membeli kenderaan dengan pengecualian cukai jualan, anda kini boleh menikmati penjimatan itu lagi kerana ia akan dilanjutkan dalam tempoh enam bulan lagi sehingga 30 Jun 2021.
Nampaknya, pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) itu akan menjadi langkah untuk terus memacu momentum perkembangan sektor automotif.
Ini bermakna harga kenderaan akan jadi terus murah dan kekal seperti mana yang diumumkan pengeluar kereta sebelumnya.
Berita terbaharu itu diumumkan menerusi satu surat dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia kepada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).
Ia membabitkan pengecualian cukai jualan sepenuhnya yang dikenakan ke atas kereta penumpang, termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi model CKD.
Bagi CBU import pula, pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang, termasuk MPV dan SUV. Pengecualian ini akan berkuatkuasa dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.
Sumber Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024