Antarabangsa

Bertuah Menang Kia Picanto

gempak
Erywan
17/03/2020
06:31 MYT
Sponsor Banner
Bertuah Menang Kia Picanto
Bapa dua anak cukup bertuah apabila dia dinobatkan sebagai pemenang utama Kempen Tahun Baru Cina Naza Kia Malaysia ‘More Ong, More Huat’ dengan memenangi Kia Picanto baharu.
Lee Chee Yuan, 39, berkata, dia tidak menyangka memenangi hadiah utama itu kerana sebelum itu namanya turut diumumkan sebagai pemenang mingguan. “Kemenangan ini adalah masa yang sangat sesuai, kerana isteri saya juga bercadang untuk membeli kereta baru.
“Sebelum ini, saya memang tidak bertuah dan saya masih tidak percaya memenagi Kia Picanto ini,” katanya.
Kempen itu bermula antara 7 Januari hingga 29 Februari lalu kepada pemilik yang mendaftar kereta Kia dalam tempoh berkenaan. Selain hadiah utama, Naza Kia Malaysia turut memberi lapan baucer petrol sejumlah RM1,000 kepada pemenang bulanan, manakalan mingguan menerima kad Touch N Go bernilai RM200 setiap seorang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Amanda Ng berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024