Antarabangsa

BHPetrol Sumbang Beg Goodie Kepada Pelanggan Sempena Menyambut Tahun Baru Cina

gempak
Erywan
23/01/2020
07:12 MYT
Sponsor Banner
BHPetrol Sumbang Beg Goodie Kepada Pelanggan Sempena Menyambut Tahun Baru Cina
Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menyambut Tahun Baru Cina kali ini dengan memberi bag goodie kepada pelanggannya untuk perjalanan balik kampung sempena menjelang perayaan itu.
Pada masa sama, pelanggan yang bertuah turut diberikan angpau dengan berisi baucer BHPetrol, dan ia menjadi satu tradisi sempena menyambut Tahun Baru Cina. Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Wong Yau Duenn yang turut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad.
Pada masa sama, pengguna jalan raya juga diberi tips keselamatan terutama bagi mereka yang akan memandu dengan jarak jauh.
Sementara itu, Azizul turut memaklumkan bahawa stesen minyak adalah tempat yang selamat jika berlaku kecemasan.
Menurutnya, negara ini mempunyai 3,650 stesen minyak yang mempunyai pelbagai jenama, dan beberapa stesen BHPetrol juga diistiharkan sebagai tempat selamat jika berlaku kecemasan. “Jika berlaku kemalangan, kecemasan, sakit atau lemah jantung, stesen minyak adalah tempat yang paling sesuai anda pergi, tetapi pastikan tempat itu terbabit dengan Program Titik Selamat atau 'Go To Safety Points' (GTSP).
“Semua pekerja stesen itu tidak kira apa jenama apa pun, mereka mempunyai kebolehan untuk menghubungi polis, ambulans, bomba dan juga hospital,” katanya.
Inisiatif GTSP diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2013 dengan menjadikan kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven dan pejabat pos sebagai rakan kongsi, kini ia diperluaskan ke stesen-stesen minyak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live