Buat anda yang mahu memiliki motosikal berkuasa tinggi, ini adalah masa sangat sesuai kerana pada hujung minggu ini ada satu jualan gudang, Big Bike Warehouse.

Acara itu berlangsung di Warehouse di belakang The Gasket Alley, Petaling, Jaya, Selangor selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Pelbagai jenama motosikal yang dijual membabitkan Harley-Davidson, Ducati, Kawasaki, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa dan Modenas. Di sana juga, AEON Credit turut menawarkan pakej menarik untuk pinjaman.

Selain motosikal, aksesori lain turut dijual membabitkan jenama GIVI, Hypergear, Alpinestar, Akrapovic, Petronas dan Rider Garage. Mereka yang mencari helmet baru, beberapa jenama turut serta seperti HJC, KYT, Simpson, Bell dan Ruby.