Antarabangsa

Bimota SB8R Motosikal Rare Hanya 150 Unit Dibina

gempak
Erywan
03/06/2020
01:48 MYT
Sponsor Banner
Bimota SB8R Motosikal Rare Hanya 150 Unit Dibina
Sebuah motosikal Bimota yang dikategorikan sebagai paling sukar ditemui atau berstatus rare iaitu SB8R kini sedang menanti untuk dipindah milik.
Motosikal Bimota yang dijual oleh Speedart Motorsports yang berpangkalan Miami, Amerika Syarikat adalah edisi 2000. Bimota SB8R dianggap rare kerana hanya 150 buah dihasilkan untuk seluruh dunia dan 69 daripadanya dibawa ke Amerika Syarikat.
Motosikal ini cuma ditunggang sejauh 5,100 batu (8,207 kilometer) selepas 16 tahun berada dalam pemilikan individu.
Model ini dibina untuk kegunaan di litar lumba dan ini dapat dilihat pada material gentian karbon yang dipasang pada badan motosikal. Keadaannya masih baik walaupun sudah berusia 20 tahun.
Umum diketahui, Bimota biasanya menggunakan enjin daripada pengeluar lain pada casis buatan sendiri dan motosikal ini meminjam enjin 1,000cc V-twin Suzuki TL1000, membolehkannnya meledakkan kuasa 135bhp dan tork setinggi 104Nm.
Pembeli motosikal ini akan menerima banyak komponen bernilai ribuan dolar dan sukar diperoleh pada ketika ini.
Antaranya ialah fairing penuh komposit (boleh dicat), tempat duduk monoposto, tangki OEM Acerbis, sistem ekzos lengkap OEM, pengecas bateri lithium dan beberapa lagi.
Harga diminta ialah AS$23,000 (RM98,315) dan ini belum termasuk cukai atau kos penghantaran. Jika berminat, anda boleh layar laman classicdriver.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live