Tempatan

Blue Monster takluki Borneo Safari 2019

gempak
Erywan
15/11/2019
07:25 MYT
Sponsor Banner
Blue Monster takluki Borneo Safari 2019
Isuzu D-Max 1.9 liter berjaya mengharungi laluan off-road paling lasak di rantau ini menerusi acara tahunan Borneo Safari.
Trak pikap dengan enjin 1.9 liter yang dilancarkan baru-baru ini, meneruskan tradisi untuk membuktikan bahawa ia mampu mengharungi apa jua cabaran sepanjang tempoh tujuh hari acara itu berlangsung dengan meredah permukaan jalan yang sukar dan tak menentu. Justeru itu, Isuzu Malaysia turut menerima anugerah khas kerana memperkenalkan kapsiti enjin yang paling rendah iaitu 1.9L di dalam acara ini.
Isuzu D-Max 1.9 yang menyertai acara itu hanya sempat mencatatkan 200 km pada odometernya, sebelum dipandu untuk meneroka dan meredah permukaan hutan di Sabah sebagai kenderaan pengangkut untuk media dalam acara mencabar yang bermula dan berakhir di Kota Kinabalu.
"Blue Monster" berkenaan hadir dengan kelengkapan standard, selain disesuaikan untuk kegunaan di permukaan ekstrem seperti; ketinggian badannya ditambah untuk membolehkannya menggunakan tayar permukaan lumpur, penyerap hentak larasan panjang, snorkel, winch dan penampan lasak sebegai pelindung ketika dalam permukaan tak menentu ketika di dalam hutan. Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki berkata, peminat off-road faham bahawa keseimbangan antara ketangkasan dan penyaluran kuasa adalah sangat penting ketika berdepan dengan laluan getir di dalam hutan.
"Dengan hantaran kuasa yang mengagumkan serta padanan transmisi enam-kelajuan, D-Max 1.9-liter Blue Power tidak segan untuk menyerlah di dalam apa jua situasi, walaupun saiz enjinnya yang lebih kecil," katanya.
Isuzu D-Max 1.9 liter menampilkan enjin 1,898 cc yang mengagumkan yang direka dengan tujuan untuk mempertingkatkan prestasi enjin serta ketahanannya. Ia merangkumi komponen enjin yang lebih ringan yang sekaligus dapat mengurangkan geseran dan tekanan terhadap bahagian-bahagian terlibat. Sistem pengecas turbo Variable Geometry System (VGS) juga telah diberi kemaskini dan meningkatkan maklumbalas enjin, terutama ketika RPM rendah untuk memberikan respon enjin yang lebih baik kepada pemandu.
Jentera "Blue Monster" ini menyertai unit "Red Monster", "White Monster" dan "Black Monster" sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu Malaysia selaku penaja utama acara berkenaan.
Wakil media memanfaatkan kenderaan terbabit untuk mendekati aksi-aski yang berlangsung tahun ini. Isuzu Malaysia telah menjadi penyokong utama acara berkenaan sejak 13 tahun lalu. Borneo Safari dianjurkan secara tahunan sejak 1991.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live