Antarabangsa

BMW F 900 R Dan BMW F 900 XR Lancar di Malaysia-Harga Bermula RM62,500

gempak
Erywan
02/03/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
BMW F 900 R Dan BMW F 900 XR Lancar di Malaysia-Harga Bermula RM62,500
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan motosikal premium terbaharu, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR bagi jentera dua roda kategori kelas pertengahan dalam segmen Roadster serta Kembara. Bagi model BMW F 900 R, ia hadir dalam pakej Penggayaan Sport (Style Sport) yang ditawarkan warna biru metalik, perak dan merah.
BMW F 900 XR pula hadir dalam Penggayaan Eksklusif (Style Exclusive). Ia dilengkapi pelindung tangan serta didatangkan perisai angin. Eksklusif hanya untuk BMW F 900 XR, ia turut didatangkan dengan tongkat tengah dan pemegang kompartmen muatan.
Kedua-dua jentera berkenaan menggunakan rangka keluli yang mengintegrasikan komponen enjin sebagai elemen pemikul beban dan tangki bahan api yang kini kembali ke posisi klasiknya.
Fungsi kawalan roda hadapan dikendalikan oleh teleskopik terbalik, sementara roda belakang dikendalikan lengan ayun dwisisi yang turut dilengkapi monoshock. Kedua-dua model itu juga kini dilengkapi ciri teknologi “Connectivity” sebagai ciri standard dengan kluster instrumen multifungsi dan skrin TFT besar 6.5 inci berwarna.
Menerusi BMW Motorrad Multi-Controller yang berkedudukan di bar hendal kiri, ia bermakna penunggang boleh mengakses fungsi kenderaan dan keterhubungan dengan segera dan mudah.
BMW Motorrad Connectivity juga adalah ciri fungsi yang unik bagi jentera kelas pertengahan, ia boleh disambung untuk bercakap telefon, mendengar muzik atau navigas. Bagi memastikan perjalanan penunggang menjadi lebih jelas di jalan raya, lampu hadapannya kini menggunakan teknologi LED.
Selain itu, ia dilengkapi Lampu Membelok Adaptif (Adaptive Cornering Light) dan disediakan juga sebagai opsyen tambahan dengan “Headlight Pro”.
Bagi rangkaian kuasanya, kedua-dua model itu berkongsi enjin dua silinder sebaris yang menyalurkan 105hp pada 8,750rpm, dan tork berjumlah 92Nm pada 6,500 rpm. Selain padanan klac ‘anti-hopping’ sebagai ciri standard, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR juga boleh dilengkapi kawalan tork seretan enjin (MSR) buat pertama kalinya.
'Shift Assistant Pro' juga ditawarkan sebagai opsyen tambahan bagi bagi membolehkan gear dengan transmisi 6 kelajuan ditukar tanpa menarik klac. Ia turut didatangkan dengan dua mod tunggangan standard, “Rain” dan “Road”. Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) yang boleh dinyahaktifkan dengan mudah juga disediakan sebagai standard. “Riding Modes Pro” ditawarkan sebagai opsyen yang boleh ditempah terus dari kilang, ia menawarkan mod-mod tunggangan tambahan seperti “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, berserta dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (“Dynamic Traction Control” atau “DTC”), ABS Pro, Kawalan Brek Dinamik (“Dynamic Brake Control” atau “DBC”) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) yang baharu.
Harga jualan di atas jalan, tanpa insurans bermula:
  • BMW F 900 R - RM62,500
  • BMW F 900 XR - RM69,500
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live