Antarabangsa
Boeing Jual Perabot Komponen Kapal Terbang Dan Jet Tempur
Sebelum ini, kita kerap melihat bangkai pesawat dibiarkan reput di satu kawasan terbuka atau mungkin dipanggil kubur kapal terbang.
Tapak sebegitu akan menjadi port mencari alat ganti terpakai. Terfikir juga, mengapa tidak mahu kitar semula atau diproses komponen balik untuk kegunaan lain
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/perabut-beoing-01.jpg)
Katalog yang ditawarkan itu termasuk kerusi yang diambil keluar daripada beberapa jenis kapal terbang termasuk tempat duduk juruterbang pesawat tempur F-4 Phantom dengan dua pilihan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/perabot-beoing-02.jpg)
Jika mencari meja, Boeing juga menawarkan pilihan luas dengan campuran komponen enjin kapal terbang seperti bilah turbin JT9D. Untuk ruang pejabat, ada pilihan meje penyambut tetamu yang agak luar biasa, membabitkan komponen kowl enjin Douglas DC-10. Harganya cuma AS$9,500 (RM38,551).
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/perabut-boeing-03.jpg)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/perabut-boeing-04.jpg)
Must-Watch Video