Selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Boon Siew Honda mengumumkan untuk menutup semua operasinya bermula 18 sehingga 31 Mac ini. Operasi mereka akan bersambung semula pada 1 April ini 2020.

Bagaimanapun, operasi Perkhidmatan Pelanggan masih boleh memberikan sokongan kepada pelanggan melalui talian WhatsApp di 012-499 3991 atau menerusi email di [email protected].

Boon Siew Honda memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dalam tempoh itu. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman ini, pelanggan boleh melayari www.boonsiewhonda.com.my.