Antarabangsa

Bukan biasa-biasa traktor JCB, laju maksimum 167km/j!

Erywan
26/06/2019
08:18 MYT
Jika memandu di jalan raya dan melihat sebuah traktor di hadapan, sudah pasti anda rasa tertekan kerana perlu mengikutnya dengan kelajuan yang perlahan.
Namun bukan dengan traktor JCB ini, kerana ia boleh memecut sehingga 167km/j sekali gus memecah rekod Guinness.
Rekod sebelum ini dipegang oleh The Stig pada tahun lalu dengan memandu sebuah traktor enjin berkapasiti 5.7 liter dan kelajuan tertinggi 140km/j.
Buat pengetahuan anda, traktor JCB ini sudah tidak lagi standard seperti di luar sana apabila menerima sentuhan Williams Advanced Engineering. Mereka ini insan yang bertanggungjawab dalam pasukan Williams Formula Satu.
Apa yang dilakukan adalah menaik taraf enjin 7.2 liter dengan menyalurkan 1,000hp serta tork luar biasa sehingga 2,500Nm.
Selain itu, beratnya dikurang serta reka bentuknya diubah semula untuk meningkatkan aerodinamik bagi mengurangkan geseran angin.
Paling penting, transmisi asalnya iaitu CVT sudah ditukar dengan kotak gear enam kelajuan ZF yang dipadankan klac basah.
Traktor itu dipandu oleh bekas pelumba motosikal dan pengacara televisyen British, Guy Martin di lapangan terbang tentera Elvington, York, England.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.