Antarabangsa

Carlex Design Bina Mercedes-Benz X-Class Mesra Buat Mereka Hobi Berbasikal

gempak
Erywan
24/03/2020
04:33 MYT
Sponsor Banner
Carlex Design Bina Mercedes-Benz X-Class Mesra Buat Mereka Hobi Berbasikal
Walaupun pengeluaran Mercedes-Benz X-Class bakal dihentikan pada bulan Mei tahun ini, masih ada ‘tuner’ di luar sana yang berminat untuk melakukan projek berasaskan trak pikap mewah itu.
Sebagai contoh, Carlex Design telah memperkenalkan rekaan terbaru mereka yang bakal menarik perhatian peminat sukan berbasikal. Ia merupakan rak basikal besi yang boleh dipasang pada bahagian belakang trak tanpa menjejaskan ruang penyimpanannya (cargo bed). Menurut syarikat itu, rak tersebut dilengkapi dengan sistem pengangkat elektrik yang membolehkan pemilik memuatkan dan menurunkan basikal dengan lebih mudah. Rak itu boleh menampung sehingga tiga buah basikal pada satu-satu masa.
Selain rak basikal, Carlex Design turut memperkenalkan treler yang boleh memuatkan sehingga empat orang. Tidak banyak maklumat yang diberitahu mengenai treler tersebut, kecuali ia mempunyai empat buah katil, bilik air dan dapur. Dengan adanya treler ini, pelanggan boleh pergi ke lokasi yang lebih jauh untuk melakukan aktiviti mereka. Trak X-Class itu sendiri turut menerima penambahbaikan dalam bentuk kit badan gentian karbon, rim berukuran 22 inci dan kit suspensi rendah. Tema warna merah, hitam dan putih memberikan trak dan treler tersebut penampilan yang lebih sporty.
Bercakap tentang sporty, trak ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi V8 di dalam kabin. Mungkin dengan sistem ini, pelanggan akan rasa lebih teruja apabila sedang memandu. Dari segi pilihan enjin, X-Class tidak mempunyai varian V8. Ia ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder (X200d), diesel 3.0-liter empat silinder (X220d/X250d) dan enjin 3.0-liter V6 dengan 255hp/500Nm bagi varian tertinggi iaitu X350d.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live