Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Covid-19: Shell Malaysia Ambil Langkah Tambahan Demi Keselamatan Pelanggan Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Erywan
24/03/2020 08:21 MYT
Shell Malaysia komited dalam menjaga keselamatan pelanggan serta kakitangannya ketika masa yang mencabar ini.

Justeru itu, Shell melaksanakan beberapa langkah pencegahan tambahan bagi memastikan ia selamat untuk pelanggan serta kakitangan di stesen minyak.

Shell memperhebatkan lagi proses disinfeksi di kawasan yang banyak tersentuh di seluruh 950 stesen di seluruh negara. Ia membabitkan kawasan pengisian minyak, Shell Select dan kemudahan lain yang kerap digunakan oleh pelanggan.

Setiap jam, kawasan seperti pam bahan api, pam nozzle, pad nombor pin, pemegang pintu, kaunter pembayaran dan banyak lagi akan menjalani proses disinfeksi.

Buat masa ini, pelanggan hanya boleh membeli barangan makanan untuk dibawa pulang, pada masa sama kerap melakukan sanitasi kawasan yang kerap tersentuh seperti skrin sesentuh mesin kopi, Deli2go, tempat pastri dan pemegang tempat letak makanan.

Tandas juga menjalani pembersihan setiap jam dan turut menyediakan sabun, selain melaksanakan penjarak sosial.