Antarabangsa

Di luar Litar, Ini Kenderaan Yang Dipandu Pelumba F1

gempak
Erywan
10/08/2020
03:11 MYT
Sponsor Banner
Di luar Litar, Ini Kenderaan Yang Dipandu Pelumba F1
Pandemik Covid-19 membuatkan banyak acara sukan pemotoran perlu dibatalkan dan ditunda sehingga ke satu tarikh. Oleh kerana Formula Satu (F1) baru saja bermula, jom sama-sama kita lihat kereta yang digunakan oleh pelumba F1 apabila tidak berada di litar. Jadi apakah kereta pilihan mereka untuk kegunaan di jalan raya biasa memandangkan jentera lumba F1 sahaja berkuasa 900hp dengan kelajuan melebihi 300km/j.
Maka bukan mudah mencari kereta jalanan yang memberikan pemanduan menyeronokkan seperti kereta lumba mereka. Atau sebenarnya mereka lebih senang memandu kereta yang lebih senyap dan bukan prestasi tinggi. Ini 10 kereta pilihan pemandu F1 di jalan raya awam:
10.Lewis Hamilton - Pagani Zonda 760 Lh
Apakah kereta pilihan juara lima kali dunia ini apabila tidak berlumba?. Dalam banyak supercar yang dia ada, Hamilton turut memiliki Pagani Zonda. Namun ia bukan hanya Zonda biasa yang mana nombor 760 mewakili kuasa jentera, manakala LH pula merujuk kepada Lewis Hamilton. Hamilton menggelar kereta itu sebagai "The Batmobile" dengan enjin V12 AMG bersama transmisi manual. Bahkan Hamilton menyatakan Zonda menghasilkan bunyi terbaik antara koleksi keretanya, namun mendakwa pengendaliannya yang teruk.
9. Sebastian Vettel- Ferrari F40
Antara 1987 dan 1992 sebanyak 1,315 unit F40 dikeluarkan dan juara dunia empat kali ini adalah seorang daripada pemilik supercar itu. Model itu dibeli ketika usianya 27 tahun bahkan pemilik kereta sebelumnya ialah Luciano Pavarotti yang meninggal pada 2007. Kereta ikonik dari Maranello itu didatangkan dengan enjin 2.9 liter V8 (478hp) dengan transmisi manual 5-kelajuan.
8.Charles Leclerc - Alfa Romeo Stelvio QV
Koleksi kereta Charles Leclerc belum banyak, dan dia juga sangat berahsia tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai bukti mengenai kereta yang dipandunya baru-baru ini. Antara beberapa model Ferrari dan Maserati, bintang muda itu turut memiliki SUV Alfa Romeo, untuk pengangkutan dari titik A ke B. Kereta ini adalah versi SUV dari Giulia Quadrifoglio kerana ia berkongsi enjin 2.9 liter twin-turbo V6 yang menghasilkan kuasa 505hp.
7.Valtteri Bottas - Mercedes Benz C63 AMG
Valtteri Bottas membeli Mercedes C63 AMG pada 2016 sebelum menyertai pasukan Mercedes F1. Kereta prestasi itu dilengkapi dengan enjin 6.2 liter V8 berkuasa 450hp yang kemudian dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan automatik. Di samping itu Bottas turut memiliki Mercedes GLE 350D dan ML350 4 Matic yang sesuai untuk pergi membeli barangan dapur.
6.Carlos Sainz - Mclaren 720S
Carlos Sainz adalah seorang pelumba muda. Jadi tentunya masih belum banyak koleksi kereta berbanding pelumba lain. Bahkan pelumba itu juga tidak terlalu gemar mendedahkan kehidupan peribadinya jadi tidak banyak maklumat tentang pelumba muda ini. Tetapi yang pasti satu kereta yang dimilikinya ialah McLaren 720S dan mungkin sebahagian dari kontrak McLaren. Supercar itu didatangkan enjin 4-liter twin-turbo V8 berkuasa 720hp dengan pecutan 0-100kmj dalam tempoh 2.9 saat.
5.Daniel Ricciardo - Porsche 918
Walaupun dia memiliki banyak kereta yang disimpan di beberapa garaj seluruh dunia namun satu daripada model yang mencuri perhatian ialah Porsche 918 Spyder. Supercar hibrid itu memiliki kuasa 900hp dan boleh memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 2.6 saat.
4.Lando Norris - Mclaren 570S
Sama dengan Carlos, Lando Norris juga menerima McLaren sebagai sebahagian dari kontrak dan pelumba muda itu memilih McLaren 570s. Tidaklah sepantas 720s, namun masih lagi supercar yang menyeronokkan dengan enjin 3.8L twin turbo berkuasa 570hp dan Lando memilih warna jingga sama seperti kereta F1.
3. Kimi Raikkonen - Fiat 500
Selepas mendapat gelaran juara F1 (2007), pihak Scuderia menyediakan Fiat 500 Multijet kemasan khas buat pemenang Kimi Raikkonen. Kereta bandar kecil itu dipadankan dengan enjin 1.3 liter turbo yang menghasilkan kuasa 95hp dengan kelajuan 180km/j. Angka itu bukanlah selalu mengujakan buat pelumba F1, tetapi buat ahli sukan pemotoran tentunya semua kereta adalah laju.
2.Nico Rosberg - Mercedes Benz 300Sl
Juara F1 (2016) Nico Rosberg, bukan hanya seorang pelumba yang terbaik tetapi peminat tegar kereta antara koleksi yang dimiliki ialah Mercedes 300SL Gullwing (1955). Jelasnya kereta itu menerima baik pulih penuh kerana itulah penampilannya seolah baharu dengan padanan warna luaran putih dan kabin merah. Kereta rare yang berusia 70 tahun itu memiliki jarak perbatuan hanya 48,000km.
1. Max Verstappen - Porsche GT3 RS
Walaupun hanya berusia 22 tahun, Max Verstappen adalah pemandu F1 yang berjaya dengan lapan kemenangan dan 30 podium hanya dalam tempoh empat tahun. Apabila berusia 18 tahun dia memutuskan untuk melepaskan Renault Clio yang dia gunakan sebaik mendapat lesen lalu membeli kereta Porsche GT3 RS.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024