Antarabangsa

Ducati Panigale V4 dan V2 Edisi 2020 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM109,900

gempak
Erywan
27/08/2020
08:04 MYT
Sponsor Banner
Ducati Panigale V4 dan V2 Edisi 2020 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM109,900
Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi untuk Ducati di Malaysia melancarkan barisan produk tahun 2020 menerusi Ducati Panigale V4, Ducati Panigale V2 dan Scrambler Icon Dark.
Ducati Panigale V4
Rangkaian Panigale adalah motosikal sportbike terlaris di dunia selama dua tahun berturut-turut dengan lebih daripada 8,000 unit terjual di seluruh dunia.
Jurutera Ducati dan Ducati Corse sebelum mengumpulkan maklum balas / data dari pelanggan di seluruh dunia dan dalam acara Superbike World Championship. Analisis mereka membawa kepada siri perubahan aerodinamik, casis, kawalan elektronik dan pemetaan Ride by Wire bagi model Panigale V4 versi 2020.
Perubahan itu untuk meningkatkan kestabilan ketika memasuki selekoh, ia juga menjadikan motosikal berkenaan lebih mudah untuk menutup sudut dan memastikan penunggang menikmati kawalan pendikit yang lebih yakin.
Pada masa sama, Panigale V4 dan Panigale V4 S kini dilengkapi ciri-ciri model V4 R dengan dipadankan pek aero, sekali gus memberi aliran udara yang lebih baik untuk penunggang dan meningkatkan kestabilan secara keseluruhan.
Rangka depan model Panigale V4 dan Panigale V4 S kini dibina mengikut spesifikasi Ducati Corse. Perubahan ini memastikan sasaran kekerasan yang ditetapkan oleh Ducati Corse untuk kejuaraan SBK serta mengurangkan beratnya.
Selain itu, ada peningkatan yang dilakukan pada Ducati Traction Control (DTC) EVO 2 untuk memberi kuasa ketika keluar dari selekoh, Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2 bagi mengurangkan masa pertukaran gear sehingga melebihi 10,000rpm. Jentera itu juga dilengkapi ciri istimewa sistem Ride by Wire dengan menjalani pemetaan semula untuk menyalurkan tork yang berbeza.
Panigale V4 and Panigale V4 S dilengkapi dengan enjin 1,103 cm3 Desmosedici Stradale yang berkemampuan menyalurkan 214hp pada 13,000rpm dengan tork setinggi 123Nm pada 10,000rpm.
Bagi Panigale V4 S 2020, ia didatangkan juga dengan fork Ohlins NIX-30 dan peredam belakang Ohlins TTX36 serta peredam hendal Ohlins. Varian itu juga dilengkapi dengan bateri lithium ion serta menggunakan rim tempaan aluminium jenama Marchesini.
Harga bagi Ducati Panigale V4 dan Panigale V4 S masing-masing dijual RM132,900 serta RM172,000.
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale dua silinder ini diberi pengayaan yang lebih baharu, selain dilengkapi dengan ciri elektronik 6-axis serta memberi keselesaan kepada penunggangnya.
Ia kini hadir dengan fairing baharu yang membuatkan ia lebih kemas berbanding sebelum ini. Penampilannya juga lebih mantap dengan padanan lengan ayun tunggal serta padanan ekzos rekaan baharu yang terletak pada bahagian bawahnya.
Selain warna merah, ia juga ditawarkan dengan warna putih Rossan baharu untuk memberi ciri unik kepada motosikal berkenaan. Panigale V2 dilengkapi dengan enjin yang mematuhi piawaian Euro 5 bersesaran 955 cm3. Ia menyalurkan 155hp pada 10,750rpm dan tork 104Nm pada 9,000rpm. Prestasi enjin itu lebih tinggi 5hp dan 2Nm berbanding versi sebelum ini.
Menariknya dengan enjin baharu itu, penyelenggaran injap diperiksa setiap 24,000km dan servis setiap 12,000km atau setahun. Selain itu, Panigale V2 didatangkan ciri keselamatan membabitkan ABS Bosch Cornering EVO, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift Up/down (DQS) EVO dan Engine Brake Control (EBC) EVO.
Brek hadapan menggunakan M4.32 Brembo berkembar dengan cakera bersaiz 320mm, manakala 24mm untuk brek Brembo tunggal di belakang. Menariknya, Panigale V2 juga menggunakan sistem Multimedia Ducati (DMS) yang mana penunggang boleh menjawab panggilan telefon, mendengar muzik dan menerima pesanan ringkas.
Harganya pula, ia dijual bermula RM109,900 dan boleh ditempah pengedar Ducati.
Ducati Scrambler Icon Dark
Dilahirkan pada tahun 1962, jenama Scrambler dilancarkan semula pada 2014 dan mencipta segmen serba baru untuk penunggang Ducati.
Bagi model Scrambler Icon Dark pula kini dilengkapi lampu depan serba baru yang menampilkan ciri DRL LED dan tempat duduk rata.
Ia juga hadir dengan suspensi baharu, kawalan klac hidrolik dengan tuil boleh laras serta pertukaran gear lebih ergonomik, sekali gus membuat Scramber Icon Dark memberi keselesaan kepada tunggangan. Pada masa sama, ia kini dilengkapi takat minyak serta penunjuk posisi gear.
Scrambler Icon Dark juga dilengkapi dengan sistem Ducati Multimedia System (DMS) yang membolehkan penunggangnya mengintegrasikan dengan telefon pintar. Sebagai ciri standard, ia dilengkapi dengan sistem dua saluran Bosch cornering ABS, untuk memberi tunggangan lebih selamat dan stabil di selekoh.
Prestasinya, ia menggunakan enjin 803cc Desmodromic L-Twin penyejuk udara yang menyalurkan 73hp pada 8,250rpm. Scrambler Icon Dark dijual pada RM49,900 dan boleh ditempah sekarang di pengedar Ducati seperti Petaling Jaya, Sungai Buloh serta Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live