Antarabangsa

Ducati Streetfighter V4 diplih ‘Motosikal Paling Cantik’ di EICMA 2019

gempak
Erywan
12/11/2019
07:44 MYT
Sponsor Banner
Ducati Streetfighter V4 diplih ‘Motosikal Paling Cantik’ di EICMA 2019
Ducati Streetfighter V4 dipilih sebagai Motosikal Paling Cantik di EICMA 2019, yang menjadi pameran motosikal terpenting dalam kalendar tahunan automotif global.
Keputusan itu diambil menerusi undian orang awam sama ada yang hadir ke pameran berkenaan atau dalam talian.
Pertandingan itu dianjurkan oleh majalah Itali Motociclismo dengan kerjasama EICMA yang sudah memasuki edisi ke-15 tahun dan untuk Ducati ia adalah kemenangan ke-10. Sebelum ini, model itu didedah pada acara Ducati World Premiere (DWP) 2020. Ia ditawarkan dengan dua versi membabitkan Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S.
Kedua-dua model itu menggunakan enjin empat silinder V Stradale 1,103 cc yang menyalurkan 208hp pada 12,500rpm dengan tork setinggi 123Nm pada 11,500 rpm. Enjin dan kerangka monocoque pada model naked itu adalah diambil daripada Panigale V4, cuma Streetfighter V4 kelihatan tidak banyak fairing untuk gaya “streetfighter”.
Bagi versi yang lebih baik, Streetfighter V4 S menggunakan suspensi Ohlins, iaitu NIX 30 dan Smart EC 2.0 untuk hadapan dan monoshock TTX36 di belakang yang mana ia boleh dilaras secara elektronik. Kuasa hentiannya diperkuatkan dengan brek Brembo serta turut dilengkapi ABS Cornering EVO. Selain itu, ia padat denagn sistem elektronik membabitkan Kawalan Tarikan Evo 2, Kawalan Wheelie, Kawalan Gelongsor, Kawalan Brek Enjin, Power Launch dan quickshifter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live