Antarabangsa

Enjin Turbo W-16 Dalam Jam Tangan Bugatti Berharga RM1.2 Juta

gempak
Erywan
13/04/2020
04:31 MYT
Sponsor Banner
Enjin Turbo W-16 Dalam Jam Tangan Bugatti Berharga RM1.2 Juta
Jam tangan apa yang sepadan dengan kereta sport mewah Bugatti Chiron? Mungkin jam tangan replika dengan enjin mini turbo W-16 di dalamnya iaitu Bugatti Chiron Tourbillon.
Jam buatan Jacob & Co ini dibina dengan 578 komponen dengan enjin mini W-16 yang sebenarnya bergerak atau beroperasi seperti enjin sebenar kereta. Omboh kecil dalam enjin mini ini dengan aci sondol dan turbo akan beroperasi selepas anda menekan punat bahagian kanan.
Ada satu instrumen meter minyak sebelah kiri menunjukkan jangka hayat bateri dan anda sebenarnya tidak perlu isi minyak petrol. Lapisan kristal sapphire digunakan sebagai pelindung enjin dan ada empat suspensi berwarna biru memastikan kedudukan enjin berada dalam keadaan stabil.
Perumah jam ini diperbuat daripada titanium manakala tali jam masih jenis getah dengan cangkuk titanium. Bugatti Chiron Tourbillon ini berharga AS$280,000 (RM1,206,744).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live