Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Aksesori Pilihan yang membolehkan pelanggan mengubahsuai Nissan Almera Turbo Serba Baharu mereka.

Pakej Aksesori Pilihan itu dihasilkan khas dan setiap aksesori hadir dengan jaminan selama tiga tahun dan boleh dibiaya ketika membuat pembelian.

Terdapat empat pakej aksesori menarik dengan pakej pertama ialah Pakej Gayaan Dalaman yang ditawarkan pada harga RM400.


Pakej ini merangkumi Lampu Kabin LED, Trunk Tray dengan permukaan anti gelincir yang memastikan barangan tidak berterabur dan membantu ruang kargo bersih daripada kotoran atau tumpahan.


Kick Plates dengan logo Almera pada kemasan sisi hadapan dan belakang pula menghalangnya daripada calar.


Bagi menyerlahkan lagi bahagian luaran Nissan Almera Turbo, pelanggan boleh memilih Pakej Gayaan Luaran pada harga RM950. Pakej itu membabitkan Visor Pintu, Pelindung Pemegang Pintu dengan Kemasan Gentian Karbon (2 unit) dan Spoiler Belakang Berwarna Hitam Berkilat untuk varian VL dan VLP.

Untuk varian VLT, pelanggan boleh membeli pakej ini pada harga RM350 kerana spoiler belakang merupakan ciri standard pada varian ini.


Bagi pelanggan yang mementingkan aspek keselamatan, mereka boleh memilih Pakej Perlindungan pada harga RM1,950. Pakej ini didatangkan dengan Filem Tinted Solar Gard Armorcoat yang mampu mengurangkan haba suria dan dapat bertahan daripada ancaman kecurian.


Turut termasuk dalam pakej ini ialah Perakam Video Pemanduan Dua Saluran (hadapan dan belakang) yang berfungsi merakam bukti kemalangan atau pelanggaran apabila diperlukan.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh memilih Pakej Perlindungan Tambahan pada harga RM2,750 untuk menaik taraf kepada Filem Tinted V-Kool™ Elite yang mampu menghalang 94 peratus haba matahari.

Ini harga pakej aksesori berkenaan:



Jika beli secara berasingan, ia dijual seperti harga di bawah: