,
Antarabangsa

Ferrari Roma Lancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM968,000

Erywan
23/06/2020
10:31 MYT
Selepas diperkenalkan pada November tahun lalu pada peringkat global, Naza Italia selaku pengimport dan pengedar Ferrari di Malaysia memperkenalkan Ferrari Roma buat pasaran tempatan.
Ferrari Roma adalah simbol sebuah jentera supercar yang mewah dan keanggunan abadi. Ia juga adalah model coupe enjin V8 tengah-hadapan terbaru yang dinamakan bersempena dengan ibu negara Itali iaitu Rom.
Direka berdasarkan inspirasi daripada era 50-an dan 60-an, Roma tampil dengan bentuk badan klasik menerusi bonet yang panjang dan bahagian belakang yang pendek.
Ini dipadankan dengan sentuhan moden seperti bentuk lampu yang tajam dengan lampu nyalaan siang di tengah-tengah dan pemegang pintu yang tersembunyi.
Di belakang, penampilan model ini lebih ringkas dengan kehadiran lampu brek yang nipis serta diffuser yang menempatkan empat muncung ekzos.
Masuk ke bahagian dalam, pemandu dan penumpang dipisahkan oleh binaan konsol tengah yang tinggi. Di sini, terdapat skrin sistem infotainmen yang didatangkan dalam format potret serta butang untuk kawalan gear.
Bukan itu sahaja, Ferrari turut meletakkan sebuah skrin pada papan pemuka bahagian penumpang. Jenama Prancing Horse itu menyatakan bahawa Roma adalah model “2+”.
Menggerakkan Roma adalah enjin 3.9-liter twin-turbo V8 yang turut digunakan pada model lain seperti Portofino dan F8 Tributo. Tetapi dalam model ini, enjin itu menjana 620PS dari 5,750 hingga 7,500 rpm dan 760Nm dari 3,000 hingga 5,750 rpm.
Dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan yang ‘dipinjam’ dari SF90 Stradale, jentera ini mampu melengkapkan pecutan 0-100km/j dalam 3.4 saat dan 0-200km/j dalam 9.3 saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 320km/j.
Roma juga mempunyai berat kering tanpa minyak dan bendalir kira-kira 1,472kg dengan pilihan “lightweight”, iaitu 80kg lebih ringan dari Portofino.
Bagi pasaran Malaysia, ia dijual bermula RM968,000 tidak termasuk cukai duti, opsyen pilihan, cukai jualan dan insurans. Pilihan aksesori pula disarankan adalah RM200,000. Untuk melihat jentera ini, ia dibuka bermula 29 Jun ini. Bagaimanapun, anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

gempak
27/09/2021
03:53 MYT
Enjin lebih berkuasa berbanding model Portofino sebelum ini.
drebar

Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif, Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi

gempak
26/04/2021
04:13 MYT
Sekilas pandang ia masih nampak seperti 812 Superfast standard, tetapi supercar ini sebenarnya lebih ringan menerusi penggunaan komponen gentian karbon.
drebar

Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140

gempak
08/03/2021
09:30 MYT
Pasukan pereka dan pembina menghabiskan masa selama 2,500 jam untuk proses pembangunan model replika ini.