Tempatan

Ford Perkenalkan Wangian Mach-Eau, Bau Ala Petrol

Erywan
16/07/2021
08:44 MYT
Ford mencipta wangian premium seolah-olah bau ala petrol, Mach-Eau yang didedahkan pada acara tahunan Goodwood Festival of Speed baru-baru ini.
Wangian itu dihasilkan selepas melakukan kajian selidik apabila satu daripada lima pemandu mengatakan bahawa mereka rindu bau petrol selepas menukar kenderaan elektrik. Bau petrol juga dinilai sebagai aroma yang lebih popular daripada keju dan hampir sama dengan bau buku baru.
Bukan hanya berbau seperti petrol, Mach-Eau bakal menyenangkan hidung mana-mana pemakainya. Mach-Eau bukan hanya menawarkan aroma petrol sepenuhnya, tetapi Ford mendakwa ada campuan bauan lain seperti elemen asap, getah tayar dan juga haiwan.
Mach-Eau diciptakan oleh perunding wangian terkenal, Olfiction dengan menggunakan beberapa bahan kimia seperti benzaldehida dan para-cresol, yang kemudian dicampur dengan halia biru, lavender, geranium dan kayu cendana.
Namun, Mach-Eau tidak untuk dijual kepada orang ramai buat masa ini. Ia hanya satu daripada kempen Ford untuk menghilangkan prasangka dan mitos tentang kenderaan elektrik, sekali gus meyakinkan mengenai potensi jentera berkenaan.
Ford sebelum ini melancarkan kenderaan elektriknya menerusi Mach-E GT yang memiliki 487PS dengan tork mencecah 860Nm. Ia juga boleh memecut 0-100km/j 3.7 saat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video