Antarabangsa
Garang! Tom’s Tawar Aksesori Baharu Buat Toyota Corolla Sport
Toms CO Ltd (Tom’s), syarikat talaan terkemuka di Jepun menawarkan aksesori baharu bagi model Toyota Corolla Sport.
Aksesori itu membabitkan dua komponen baharu iaitu ‘overfender’ dan spoiler ‘duck tail’ yang membuatkan ia kelihatan lebih agresif.
Overfender itu membuatkan kenderaan sedikit lebar sehingga 20mm dan ia tidak membabitkan penukaran apa-apa pada bahagian kenderaan.
Sementara itu, spolier ‘duck tail’ pula hanya diletak pada pintu but belakang yang ternyata memberi karakter lebih menarik buat Corolla Sport.
Kedua-dua produk itu boleh didapati bermulai Julai ini di pengedar Tom’s dan pusat jualan Toyota di Jepun. Harganya pula, ia dijual bermula ¥78,000 (RM3,110) untuk ‘overfender’, manakala spoiler ‘duck tail’ dari ¥58,000 (RM2,312).
Toyota Corolla Sport adalah model hatchback yang mempunyai gaya seperti Toyota Camry baharu. Ia akan bersaing dengan model lain seperti Volkswagen Golf, Mazda 3, Honda Civic, Ford Focus dan banyak lagi.
Dari segi prestasinya, ia menggunakan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu 1.8 liter hibrid dan 1.2 liter turbocharged yang masing-masing menyalurkan 122PS serta 116PS.
Must-Watch Video