Antarabangsa

Genesis Luaskan Rangkaian SUV Dengan Perkenalkan GV70

gempak
Erywan
18/12/2020
04:00 MYT
Sponsor Banner
Genesis Luaskan Rangkaian SUV Dengan Perkenalkan GV70
Genesis, jenama mewah yang bernaung di bawah Hyundai, memperkembangkan barisan produk mereka dengan satu lagi model SUV iaitu GV70. Diposisikan di bawah GV80, model terbaru ini mengenengahkan rekaan atletik dan teknologi pemanduan yang canggih.
Seperti setiap model keluaran Genesis setakat ini, GV70 mempunyai lampu utama bertindih dan jeriji Crest. Garisan karakter Parabolic Line dan rekaan bumbung ala coupe menyerlahkan profil sisi model ini, manakala lampu belakang yang langsing dan bentuk muncung ekzos yang unik memberikan imej yang sporty.
Sementara itu, rekaan bahagian dalaman pula berorientasikan pemandu dengan papan pemuka yang ringkas, panel instrumen digital serta skrin infotainmen lebar yang boleh diakses menggunakan tombol kawalan pada konsol tengah.
GV70 boleh didapati dalam 13 warna luaran termasuk tiga warna baharu iaitu Mauna Red, Barossa Burgundy dan Barossa Burgundy. Untuk ruang dalaman pula, Genesis menawarkan lima pilihan warna, dengan empat daripadanya adalah dua tona.
Selain itu, Genesisi menawarkan pakej Sport yang merangkumi rekaan jeriji tiga dimensi berwarna krom hitam, rekaan bampar sporty, muncung ekzos bulat dan rim 19 dan 21 inci. Ruang kabin turut diberikan sentuhan eksklusif dengan stereng tiga batang dan kemasan gentian karbon pada konsol tengah dan pintu. Ia juga mendapat Limited-Slip Differential elektronik (e-LSD) pada gandar belakang.
Terdapat tiga pilihan enjin iaitu 2.5-liter empat silinder turbo dengan 304PS/422Nm, 3.5-liter turbo V6 dengan 380PS/530Nm dan 2.2-liter turbodiesel empat silinder dengan 210PS/441Nm. Ketiga-tiga enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda (AWD). Bagaimanapun, varian 3.5-liter hanya boleh didapati dalam versi AWD.
GV70 sarat dengan teknologi yang memudahkan pemandu. Sebagai contoh, Highway Driving Assist II (HDA II) membantu pemandu menukar lorong serta bertindak balas apabila terdapat kenderaan lain yang memotong secara rapat apabila trafik bergerak secara perlahan.
Advanced Rear Occupation Alert (ROA) pula boleh mengesan kehadiran penumpang di tempat duduk belakang menerusi pergerakan anggota badan dan pernafasan. Ia akan mengeluarkan amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kanak-kanak atau bayi yang ditinggalkan di tempat duduk mereka.
Model ini juga dilengkapi dengan sistem pengesahan cap jari yang boleh digunakan dalam mod Valet bagi menghalang maklumat peribadi daripada muncul di skrin infotainment ketika kenderaan dipandu oleh orang lain. Ia juga dihubungkan dengan perkhidmatan bayaran dalam kereta iaitu Genesis CarPay.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live